Sabtu, April 16, 2016

Ternyata, kredibiliti serta kemampuan Si Wan Azizah ni sebagai seorang pemimpin kian tercalar dek kerana ke-LEMAH-an yang ditonjolkan sejak dia mula mengetuai Pakatan Haprak tu.

Rata - rata pemerhati Politik dan rakyat sendiri dapat melihat ke-GAGAL-an Wan Azizah sebagai pemimpin tidak mampu memberikan mereka kejayaan dalam misi untuk merampas Putrajaya.

Bahkan kepimpinan Si Wan Azizah sendiri dilihat semakin tidak dipedulikan dan kedudukannya selaku Presiden PKR juga sudah tidak dapat mengundang rasa hormat dari pemimpin lain.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila kepimpinan PKR Sarawak secara terbuka 'MELUDAH' ketetapan yang telah dibuat oleh Wan Azizah bagi menentukan kerusi Pilihan Raya Negeri tersebut.

Keputusan mengejutkan itu diumum oleh Baru Bian, sekali gus berkemungkinan menyaksikan parti itu bertembung dengan DAPigs di beberapa kerusi DUN pada Pilihan Raya 7 Mei nanti.

Dalam satu kenyataan yang dibuat, Baru Bian menegaskan pihaknya tidak akan terikat dengan ketetapan untuk bertanding di hanya 40 kerusi sebagaimana yang diputuskan sebelum ini.

Katanya, tindakan itu dilakukan adalah kerana PKR dan DAPigs masih mempunyai pertindihan mengenai parti mana harus menentang Barisan Nasional di empat atau lima kerusi DUN.

Ianya disebabkan kerana DAPigs Sarawak sejak dari awal lagi sebelum ini telah mengumumkan bahawa mereka akan bertanding di 29 kerusi pada PRN itu berbanding 15 kerusi pada tahun 2011.

Baru Bian juga turut menzahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan kepimpinan nasional Pakatan Haprak tu mengenai pengagihan kerusi untuk Pilihan Raya berkenaan awal minggu ini.

Pada mesyuarat berkenaan, Wan Azizah selaku Presiden PKR dan Ketua Pakatan Haprak tu telah mengumumkan bahawa segala pertindihan mengenai kerusi DUN Sarawak sudah diselesaikan.

Namun, Baru Bian tetap menolak keputusan itu dan menegaskan rundingan Pakatan Haprak bersabit isu berkenaan telah menjurus ke arah yang bertentangan dengan mandat PKR Sarawak.

Baru Bian juga turut berkata, PKR Sarawak telah diberikan kuasa veto untuk menolak keputusan pimpinan nasional jika ia tidak selari dengan kehendak mereka di peringkat negeri.
"Justeru keputusan diambil untuk memulau hasil rundingan itu. Demi menegakkan kewibawaan majlis presiden PKR negeri… kami membuat keputusan untuk menggunakan kuasa veto kami,” kata beliau.
Jelas, tindakan yang dilakukan oleh pemimpin PKR Sarawak itu memberikan satu tamparan yang cukup hebat kepada Wan Azizah yang pada ketika ini sedang tergugat dek kerana kebangkitan Azmin dan membuktikan karier Politik Si Wan Azizah ni dah sampai ke penghujung!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Belum lagi berkuasa penuh dah ada kuasa veto. Tunggu la dah jadi pemerintah malaysia... Mana dasar yang tak menguntungkan mereka tapi menguntungkan rakyat, itupun akan di veto... Inikah ciri-ciri pemerintah yang rakyat malaysia mahukan????!!!!

    BalasPadam
  2. Udahlah Jijah Kipas oiiii...ko tu malukut ditepi gantang, ada tak menambah, tak ada tak mengurang.....

    BalasPadam
  3. Jijah..elokle kamu bertaubat..berapa lama lagi kamu nak menipu..bangkai gajah mana boleh tutup..elok bawa anak2 you gi Mekah..bertaubat didpn kaabah agar jiwa anak2 you lebih tenang dan menerima kenyataan yg papa mereka tu PELIWAT..lebih2 lahi anak you yg janda tu..sbb kita tengok muka dia semak8n hari semakin kehilangan 'NUR'..Wallahhuallam

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping