MUNGKINKAH PAK ARAB INI JUGA PEMAKAN DEDAK??? Patutnya itu tajuk asal bagi artikel ini. Tapi dek kerana ramai sangat yang meroyan, kita tukar tajuk biar sedap sikit.
Kalau selama hari ini, ramai Pencacai Pakatan Haprak tu buat tuduhan tanpa menampilkan bukti mengenai isu pemberian dana sebanyak RM 2.6 billion yang diterima oleh YAB Perdana Menteri.
Malah mereka juga turut mendakwa KONONnya dana sebanyak RM 2.6 billion tu telah 'DICURI' dari syarikat 1MDB bagi tujuan nak menuduh Perdana Menteri menyeleweng dana rakyat.
Tapi apabila pendedahan demi pendedahan dibuat membuktikan bahawa Dana 2.6 billion itu bukan dari 1MDB, mula la ada suara - suara sumbang yang mempertikaikan dari mana duit tu datang.
Bila Perdana Menteri kata duit tu duit derma dari Kerajaan Arab Saudi, ramai jugak yang meroyan macam orang hilang akal menuduh Perdana Menteri berbohong dan cuba nak menipu.
Bila hasil siasatan PAC dan SPRM mendapati bahawa Dana 2.6 billion itu juga bukan dari 1MDB, mula la puak Pakatan Haprak tu tuduh kata SPRM berat sebelah dan PAC bermain Politik.
Pokok pangkalnya, Dana 2.6 billion itu BUKAN dari 1MDB. Ianya adalah hasil derma dari Kerajaan Arab Saudi kepada YAB Perdana Menteri. Itu faktanya! Dan perkara itu juga dijelaskan oleh Menteri Luar Arab Saudi ni. Lain la kalau Pak Arab ni pun Makan Dedak juga!!!
ISTANBUL: Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al-Jubeir pada Khamis mengaku bahawa sumbangan derma kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, memang datang daripada negara itu.
"Kami sedar tentang derma itu dan ia memang benar-benar sumbangan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Dan kami juga sedar bahawa Peguam Negara Malaysia telah menjalankan siasatan teliti mengenai perkara itu dan mendapati tiada salah laku. Justeru, setahu kami, isu itu ditutup," katanya kepada wartawan Malaysia di sini Khamis.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, pada 26 Januari lalu membersihkan Najib daripada sebarang salah laku berkaitan siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd dan dana RM2.6 bilion yang dikatakan telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.
Mohamed Apandi berkata siasatan menunjukkan bahawa jumlah yang dimasukkan ke dalam akaun ialah RM2.08 bilion. Ia adalah sumbangan peribadi daripada keluarga diraja Saudi pada 2013, dan RM2.03 bilion kemudian telah dipulangkan kepada penderma pada tahun yang sama.
semakin jauh tertingga...l!
BalasPadamperangai munafik rakayat m'sia tak tumpah mcm munafik yang ada kat klas fardu ain tu..meminta@ alasan/bukti ja wlu di beri atau terbongkang depan mata tetap mereka tak caya he he..alias dah jadi peloyar buruk ho ho.
aq naik muak dan sayu bila semakin jauh jarak mereka ketinggalan dlm hal nak jadi rakyat berguna.najib ngko ok laaa kerana tetap berhati waja menempoh karenah ulat2 mcm nih.
Alhamdulillah..Najib baik
BalasPadamMahdey tak mampu jwb ttg skandal kewangan era dia jadi pm.Berbillion hilang percuma tetapi dia sibok berkokok tapi najis bukan saja diekor malah penuh di badan.
BalasPadamBiar jer lah dia menyalak hingga akhir hayatnya.Majoriti rakyat dh bosan kecuali puak pakatun...waris dan juga kroni2 dia.
Tuhan bagi umur pjg utk dia beribadah atau menerima hukum karma atas perbuatan najis dia suatu ketika dahulu.Kita sekadar menonton dan menilai.Kesian krn dia terlupa dan berdoa agar dia insaf dan bermuhasabah diri.Nikmatilah kekayaan yg dikaut selama 22 tahun itu sebaik mgkin dgn membantu rakyat dan bukan gila memewahkan waris dan kroni2.Ia perbuatan yg kejam.Sedarlah....