Rabu, April 20, 2016

Heh! Nampak gayanya, kemelut kepimpinan dan perbalahan dalaman dikalangan puak PKR ni semakin bertambah sengit apabila ada puak yang mula membuat desakan kepada Presiden.

Desakan yang dibuat itu adalah bagi mengenakan tindakan disiplin terhadap Timbalan Presiden yang dilihat semakin taksub dengan Tun Mahathir sehingga membelakangkan perjuangan parti.

Kumpulan ini mendesak agar Azmin digantung daripada jawatan Timbalan Presiden kerana didakwa telah melakukan perbuatan khianat bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir.

Selain Azmin, kumpulan yang terdiri daripada SAMM, Otai Reformasi dan Pahlawan itu juga menuntut agar dua Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan Tian Chua juga diambil tindakan yang sama.

Pengerusi SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali CheguBard dalam kenyataannya berkata, mood pembangkang pada ketika ini telah diperalatkan oleh Tun Mahathir.
“Berapa lama negara perlu terus berada dalam konflik atas kehendak politik Mahathir? Negara kini di ambang perubahan, dan membenarkan mood rakyat yang akan digunakan oleh Mahathir hanya akan menyebabkan ia gagal,” katanya.
Jurucakap Otai Reformasi, Abdul Razak Ismail pula berkata perbuatan Azmin, Tian Chua dan Rafizi bersekongkol dengan Tun Mahathir seumpama mensabotaj Presiden PKR, Wan Azizah.
“Apabila kita melihat pemimpin PKR bekerjasama dengan Dr Mahathir dan mereka seperti acuh tidak acuh, ia adalah satu bentuk pengkhianatan dan sabotaj terhadap Presiden PKR.
“Saya menggesa Datuk Seri Wan Azizah sebagai presiden parti, mengambil tindakan dengan menggantung jawatan Azmin Ali, Rafizi Ramli dan Tian Chua kerana mengkhianati perjuangan,” kata Abdul Razak yang juga ahli DAP.
Jika dilihat dari satu sudut, desakan yang dibuat ini membuktikan bahawa wujudnya dua kumpulan berbeza dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri, terutama sekali didalam PKR.

Dalam pendedahan yang dibuat sebelum ini, kedudukan Wan Azizah selaku Presiden PKR pada ketika ini semakin tergugat dengan dominasi kebangkitan pengaruh Azmin didalam parti.

Pendedahan itu juga turut menyatakan, keghairahan Azmin untuk menjadi Perdana Menteri telah membuatkan keegoannya semakin bertambah besar sejak mendapat sokongan kuat dari Tun Mahathir.

Namun satu - satunya cara untuk memenuhi keinginan tersebut, Azmin perlu menggantikan Wan Azizah selaku Presiden PKR dan seterusnya mengetuai Pakatan sebelum PRU yang akan datang.

Maka persoalannya, sejauh mana Wan Azizah tu mampu untuk bertahan dalam keadaan Politik pada ketika ini? ATAU, mampukah Azmin menyingkirkan pengaruh keluarga Si Ketua Penipu tu untuk merealisasikan impiannya? Apa yang pasti, permainan 'Gila Kuasa' diorang ni bertambah sengit!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Kalau jawatan timbalan presiden digantung, jawatan MB pun kena gantung juga.

    BalasPadam
  2. masing2 ada kpntingan nampaknya. rkyat jg yg jdi mangsa.

    BalasPadam
  3. Memang rakyat Selangor selalu diperbodohkan oleh parti PKR and DAPigs

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping