Nurul Izzah seru: "Pahangites! Jangan Biarkan Bauksit Hancurkan Kehidupan Anda!" |
Haramkan Bauksit! Itu perkara yang sewajarnya diberikan penekanan oleh Ahli Parlimen Kuantan seperti mana yang pernah dilakukannya terhadap isu pembinaan kilang Lynas sebelum ini.
Namun malangnya, apabila isu itu dibangkitkan didalam laman media sosial, Foziah selaku seorang Ahli Parlimen masih cuba berdolak-dalih dan memberikan alasan yang berbelah bahagi mengenainya.
Ada ketikanya Si Foziah kata, bauksit tu perlu dihalang. Tapi dalam masa yang sama dia juga cuba nak menyatakan bahawa perlombongan bauksit itu memberi keuntungan kepada rakyat.
Persoalannya, yang mana satu pendirian Si Foziah ni? Itu yang menjadi tanda tanya dikalangan rakyat terhadap pendirian puak Pakatan Haprak tu sendiri. Apa yang dia nak pun kita tak tau.
Akibatnya, rakyat diperingkat bawahan pun tak tau yang mana satu yang diorang nak ikut, sama ada nak bantah atau nak sokong. Maka timbul la konflik dikalangan rakyat dikawasan setempat.
Kalau dilihat dari pandangan yang diberikan oleh penduduk sekitar Bukit Goh, diorang nak perlombongan Bauksit ini diteruskan kerana menganggap ianya lebih memberikan keuntungan.
Kata mereka, walaupun perlombongan bauksit ini hanya memberikan keuntungan jangka masa pendek, tetapi ianya lebih berbaloi jika nak dibandingkan dengan penanaman kepala sawit.
Tapi, ada jugak dikalangan puak yang tak nak bauksit ini diteruskan kerana mendakwa ianya mencemarkan alam sekitar dan mendatangkan kemudaratan kepada penduduk di Kuantan.
Golongan yang membantah ini walaupun mendakwa diri mereka tidak ada kaitan dengan puak Pakatan tu, tetapi mereka dikelilingi oleh orang yang menyokong Pakatan Haprak tu sendiri.
Apa yang lebih menghairankan ialah apabila ada dikalangan pemimpin Pakatan Haprak ni suka main 'Wayang Kuntau', berlakon kononnya diorang turut serta membantah perlombongan bauksit tu.
Padahal, diorang jugak yang dok kaut keuntungan melalui proksi dan kroni diorang melalui perlombongan tersebut. Apabila perkara itu didedahkan, pandai pulak diorang tak nak mengaku.
Maka kesimpulannya cukup jelas bahawa puak Pakatan Haprak ni sebenarnya hanya sekadar berlakon apabila diorang kata diorang turut membantah isu berkaitan dengan bauksit ni. Kalau betul diorang bantah, kenapa tak desak supaya ianya diharamkan terus!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.