Pendedahan mengenai isu Taman Manggis dan pembelian rumah banglow mewah yang dibuat sebelum ini tidak mudah untuk menamatkan persoalan mengenai integriti Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Persoalan skandal yang mengelilinginya masih Tidak Gampang untuk dibuang begitu sahaja. Bahkan ia hanya seperti kekabu yang terkena air, tidak mudah untuk dianginkan semula.
Walhal, pendedahan yang turut hangat di dalam Palimen itu juga dianggap terbuka dan adil. Namun ianya masih tidak dapat diterima oleh sesetengah pihak, terutama dikalangan pembangkang.
Apa yang diharapkan dari pendedahan itu akan dapat membuatkan rakyat berfikir mengenai integriti Guan Eng selaku Ketua Menteri. Maka sebab itu Guan Eng beria - ia mahu berdebat secara terbuka.
Setidak - tidaknya, Guan Eng berharap ianya dapat menghentikan segala tuduhan yang terlempar terhadap DAPigs secara amnya dan penglibatan dirinya dalam skandal itu secara khususnya.
Guan Eng berharap taktik itu mampu untuk membuatkan dirinya "di-baptis-kan" semula melalui perdebatan yang dibuat secara terbuka serta disiarkan secara lansung dikaca televisyen.
Kenyataan salah seorang anggota DAPigs yang mahu Si Guan Eng tu 'Bercuti' bagi membersihkan nama baik parti memang wajar dituruti dan diterima. Namun lain pulak respon yang diberikan.
Anggota DAPigs tu bukan sahaja menerima kecaman dari kalangan pimpinan DAPigs, malah dia juga turut menerima mesej berbaur ugutan agar dia meletakkan jawatan dan keluar dari parti.
Walhal anggota DAPigs itu hanya mahu siasatan dijalankan dengan adil dan saksama berpandukan kepada apa yang telah didedahkan sedangkan ada lagi dokumen lain yang katanya masih disembunyikan.
Mungkin bagi pihak DAPigs dan Rejim parti yang dipimpin oleh Guan Eng akan berasa lega apabila mereka mengeluarkan perintah 'Tutup Mulut' agar isu tersebut tidak menjadi bualan hangat.
Sebaliknya, mereka hanya akan memberitahu rakyat apa yang mereka mahu sahaja dan menjadikan ayat dari wakil yang dipilih sebagai ayat kitab suci yang menyatakan bahawa Guan Eng tidak terlibat.
Pun begitu, bagi pemimpin DAPigs lain yang memahami mengenai isu itu dan macam mana pendedahan itu diperbuat, hanya menerimanya dimulut tetapi tidak didalam hati mereka sendiri.
Mungkin penerima bantuan secara "One-Off" di Kampung - Kampung Cina boleh menerima perintah itu seperti ikan lapam makan tahi di bawah pengkalan, sebab ia hanya dicerita oleh mereka sendiri.
Tetapi bagi rakyat, Pegawai Kerajaan, Mahasiswa, Pesara dan cerdikpandai hanya tersenyum mendengar perintah itu kerana mereka sudah arif mengenai bentuk eksploitasi yang mereka alami.
Pegawai kerajaan atau bekas pegawai kerajaan juga arif macam mana mereka menjadi "Kuda Hitam" oleh kuasa politik selama ini. Jadi arahan sebegitu bukan mudah untuk mereka telan begitu sahaja.
Begitu juga bagi pemimpin yang diberi upah dan "ufti" agar tidak menungkitkan isu itu, boleh tersenyum tetapi dalam hati tetap pedih. Mereka boleh kata, Guan Eng baik, tetapi dalam masa sama, mereka juga akan mengatakan Guan Eng ni jahat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.