Selasa, April 19, 2016

Heran bukan? Baru dua tiga hari lepas, pihak SPRM memberi amaran kepada semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu banglow mewah milik Si Guan Eng tu.

Diantara alasan yang diberikan oleh pihak SPRM, tindakan mengeluarkan kenyataan itu hanya akan menjejas proses siasatan yang sedang dijalankan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang tu.

Maka arahan tersebut menimbulkan seribu tanda tanya dikalangan rakyat, sejak bila pulak SPRM menjadi sayap kepada DAPigs yang bertindak untuk menyembunyikan salah laku Guan Eng?

Jika dilihat dari satu sudut, arahan yang diberikan oleh pihak SPRM tu seakan - akan sama dengan arahan yang dikeluarkan oleh DAPigs kepada semua pemimpin parti supaya mendiamkan diri.

Namun malangnya, SPRM sebelum ini tak pernah pulak keluarkan sebarang arahan sedemikian sewaktu mereka menjalankan proses siasatan ke atas syarikat 1MDB dan juga Dana 2.6 billion.

Sebaliknya, ada pulak dikalangan pegawai mereka sendiri yang tampil membuat kenyataan media memburukkan lagi proses siasatan yang sedang dijalankan sambil disokong oleh pemimpin Pakatan.

Walaubagaimana pun, SPRM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru - baru ini memaklumkan bahawa pihak mereka akan memanggil Si Guan Eng tu untuk disiasat dalam masa terdekat.

Kali ini, kenyataan yang dikeluarkan oleh SPRM itu sekali lagi menimbulkan tanda tanya apabila Si Guan Eng tu dilihat turut serta menghadiri satu Majlis yang diadakan bersama - sama dengan SPRM.

Adakah ini salah satu dari kaedah baru yang diguna-pakai oleh pihak SPRM untuk menyiasat suspek utama dalam kes rasuah dan penyelewengan yang telah dilaporkan sebelum ini?

Persoalan yang timbul bukan sahaja mengenai hubungan 'Intim' diantara Si Guan Eng tu dengan pihak SPRM. Sebaliknya yang menjadi isu utamanya ialah mengenai Integriti badan Surahanjaya itu sendiri yang mula dilihat seolah - olah berat sebelah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping