Jangan mudah sangat 'Gelojoh' dalam membaut sebarang kenyataan media. Terutama sekali dalam media sosial. Biar 'Habis Fikir' dulu sebelum nak keluarkan kenyataan yang menyusahkan diri sendiri.
Sebagai contoh paling mudah, arahan yang dikeluarkan untuk membatalkan ceramah Dr. Zakir Naik di UTeM Melaka baru - baru ini. Dek kerana menggelupor sangat, dah tak pasal - pasal je dia kena serang.
Padahal isunya bukannya besar sangat pun. Yang dipertikaikan oleh puak Hindraf dan DAPigs tu hanya mengenai 'Tajuk Ceramah' itu sahaja. Bukannya kehadiran Dr. Zakir Naik tu sendiri.
Bagi sesetengah pihak, bukannya Ketua Polis Negara tak boleh panggil pihak penganjur dan berikan nasihat supaya mereka menukar tajuk ceramah. Tapi kenapa dia memilih untuk 'membatalkannya' terus?
Jelas tindakan itu hanya memakan diri dia balik sehingga menyebabkan ramai yang memberi pandangan negatif sehingga ada yang labelkan dirinya cuba nak menghalang pengembangan Ilmu Islam.
Komen sedemikian boleh kita perhatikan sendiri didalam laman media sosial yang mana kebanyakkannya semua agak skeptikal dan memberikan persepsi negatif terhadap arahan yang dikeluarkan.
Seperti mana yang kita semua sedia maklum, masyarakat di Malaysia ni memang cukup sensitif bila ianya ada kaitan dengan agama. Tak kira la mereka dari kalangan penganut agama apa sekali pun.
Maka tak heran la apabila Ketua Polis Negara membuat kenyataan sedemikian membuatkan ramai pihak tak puas hati, terutama dikalangan umat Islam yang melihat dia lebih tunduk kepada desakan Hindraf.
Walhal, majoriti penduduk di Malaysia ini rata - ratanya beragama Islam. Maka mereka mempersoalkan tindakan KPN yang dilihat hanya sekadar mahu menjaga sensitiviti mereka yang bukan Islam sahaja.
Kesimpulan mudahnya, insiden berkaitan dengan ceramah Dr. Zakir Naik ini perlu dijadikan sebagai iktibar buat Ketua Polis Negara agar lebih berhati - hati terhadap arahan yang diberikan. Kalau nak jaga sensitiviti, biar 'Habis Fikir' dulu. Jangan menyusahkan diri sendiri!!!
KPN terlalu berhati-hati. Dia mendapat nasihat yang salah. Rakyat beranggapan KPN hanya nak jaga hati satu pihak saja
BalasPadam