Ahad, April 03, 2016

Hahaha!!! Yang ni lagi satu contoh pemimpin yang kemaruk tak tentu arah. Kalau Si Nurul izzah tu kempunan tak dapt makan KFC. Yang ni dah ketagih sebab tak dapat minum kopi pulak.

Sibuk pulak Si Guan Eng ni nak ajak orang minum kopi dengan alasan KONONnya itu je cara yang dapat dipraktikkan untuk menyelesaikan dakwaan yang dilemparkan terhadap dirinya sebelum ini.

Disaat Si Guan Eng tu terhimpit dengan skandal pembelian rumah banglow mewah dengan harga dibawah harga pasaran, mula la dia menggelupor biawak mencari alasan lain untuk menutup kemaluan dirinya.

Kali ini, dia mempergunakan PERDA untuk menutup aib yang telah didedahkan kepada umum berhubung isu penjualan tanah milik Kerajaan Negeri kepada syarikat swasta untuk dibina hotel mewah.

Hakikatnya, dakwaan yang dibuat oleh Si Guan Eng tu ternyata hanya sekadar untuk mengaburi mata rakyat dan menutup skandal pembelian rumah banglow mewah miliknya sebelum ini.

Ianya amat jelas apabila Pengerusi PERDA yang juga merupakan Ahli Parlimen Tasek Gelugor mendedahkan isu tanah yang dibangkitkan oleh Guan Eng tu digunakan untuk menjaga kepentingan rakyat.


Dek kerana jawapan yang diberikan semalam menambah aib kepada Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu, maka dia mula mencabar Ahli  Parlimen Barisan Nasional itu berhadapan dengannya sekali lagi.
"Ini berikutan pemaju telah mengemukakan permohonan cadangan pembinaan 27 lot rumah kedai di tanah itu kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 28 Mac lepas ... pelan yang dibentangkan pada 28 Mac 2016 adalah untuk 27 buah rumah kedai sahaja ... tidak ada rumah. Saya akan tunjuk (pelan) pada Shabudin esok. Saya harap dia boleh datang," katanya pada pada sidang akhbar di sini hari ini.
Heh! Kalau nak difikirkan mainan Politik Retorik Murahan Si Guan Eng ni memang cukup memalukan. Dia bukan hanya sekadar nak menutup kemaluan dia sendiri. Tapi dia memper-BODOH-kan diri dia depan orang ramai.

Kalau betul penjelasan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Tasek Gelugor tu berhubung isu tanah PERDA adalah tidak benar, buat apa susah - susah Si Guan Eng tu nak ajak dia minum kopi bagai?

Kenapa Si Ketua Menteri Pulau Pinang tu tak ambik tindakan undang - undang? Kalau Ahli Parlimen BN tu menipu, ambik tindakan la. Itu caranya nak selesaikan masalah. Bukannya ajak orang minum kopi, lepas tu keluar buah ugut macam Gengster!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Abang BESAR maaaaaa..ingat orang bodoh ka nak sua tengkok kat dia.

    BalasPadam
  2. minum kopi ker....duit kopi. kurang jelas.

    BalasPadam
  3. Lge patut dibicarakan seperi khir toyo...... Dan kedalam jika jelas bersabit kesalahan.... jangan tunggu lama2...

    BalasPadam
  4. Laa... Ingatkan nak buat coffee talk pasal jual tanah bawah harga pasaran... Rupenya pasal rumah kedai takde kawasan perumahan je. Tu bincang dalam mesyuarat exco pun dah cukup, nak buat coffee talk buat apa lagi... Bukannya shabudin boleh beri kelulusan pun... Lain la tokong turunkan kuasa pada shabudin tu.

    Itu pun tak tau nak buat kerja ke tokong??? Tak habis-habis nak berpolitik...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping