Jumaat, April 01, 2016

Hahaha!!! Kalau kita tengok dari satu sudut, memang nampak sangat yang Si Khalid Ibrahim cuba nak menyindir tindakan tidak bertanggungjawab yang telah dilakukan oleh Si Rafizi tu.

Tapi sebelum tu, sebagai rekod, Si Rafizi ni merupakan diantara individu utama yang telah menyebabkan Si Khalid Ibrahim dipaksa untuk melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Selangor sebelum ini.

Kalau tidak kerana perlaksanaan agenda Langkah Kajang yang direncanakan oleh Rafizi serta penyebaran dakyah fitnah yang sebarkan, sudah pasti Si Khalid Ibrahim tu tidak ditendang dari jawatan tersebut.

Maka berbalik kepada cerita pasal isu Tabung Haji ni. Dalam kenyataan yang dibuat, Si Khalid Ibrahim tu seolah - olah mahu menyindir tindakan yang tidak bertanggungjawab Rafizi.

Sebelum ini, Si Rafizi tu sekali lagi bertanggungjawab menyebarkan dakyah fitnah dan pembohongan terhadap Lembaga Tabung Haji sehingga ianya menyebabkan rakyat rasa terkeliru.

Ekoran dakwaan serta tuduhan yang dilemparkan oleh Si Ahli Parlimen Pandan tu telah menyebabkan sebilangan dari mereka yang terpengaruh bertindak mengeluarkan duit simpanan mereka.

Sampai tahap takde seposen pun yang ditinggalkan. Malah ada jugak yang sanggup membatalkan giliran untuk pergi menunaikan ibadah Haji kerana terlalu percaya pada Fitnah Rafizi.

Dalam nada menyindir, Si Khalid Ibrahim ni cuba untuk bertindak responsif agar pihak Tabung Haji menerima semula mereka yang sebelum ini telah menjadi mangsa pembohongan Rafizi.

Dan apa yang lebih menarik, Si Khalid Ibrahim tu menyarankansupaya mereka yang terlibat dalam pembohongan Si Rafizi tu mengambil tindakan saman terhadapnya kerana telah menyebarkan fitnah.
"Kalau nak buat kecoh, mereka boleh saman orang yang buat fitnah itu saja," katanya.
Tapi persoalannya, kenapa pulak pihak Lembaga Tabung Haji perlu memberi diorang peluang sedangkan Si Rafizi yang dok sibuk tabur fitnah tu sebelum ini boleh terlepas begitu sahaja? 

Sepatutnya, Si Khalid Ibrahim perlu mendesak supaya Si Rafizi tu bertanggungjawab menanggung segala perbelanjaan mereka yang terpengaruh dengan Fitnah yang disebarkannya. Baru la Si Rafizi tu tau apa erti tanggungjawab. Kalau tidak, sampai ke sudah dia takkan Insaf!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. inilah akibatnya klu brpolitik tanpa moral...rkyat yg jd mngsa sampai tak jd buat hj.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping