Jumaat, April 01, 2016

Hahaha!!! Kelakar betul. Warak pulak dah puak Pakatan Haprak ni semenjak dua menjak ni ek. Tiba - tiba je diorang semua boleh berubah menjadi seorang yang 'Alim' bila berbicara bab Politik.

Kalau semalam, Si Guan Eng tu tiba - tiba je jadi Alim dan mengecam tindakan ganas yang dilakukan bagi mendapatkan sokongan Simpati Murahan dari kalangan komuniti penganut Kristian.

Kali ini, giliran Si Tian Chuak ni pulak cuba nak menonjolkan sifat 'Warak' dia dengan menggesa agar semua pihak tidak menjatuhkan hukum terhadap mana - mana pihak sesuka hati.

Yang menariknya, Si Tian Chuak tu dalam kenyataan yang dikeluarkan lebih cenderung menunjukkan sifat 'Alim' dia tu dengan menggesa agar membiarkan urusan manusia tu dengan tuhan sahaja.

Perkara tersebut dinyatakan oleh Si Tian Chuak apabila pelbagai pihak, terutama dikalangan penyokong PKR sendiri mempertikaikan kerjasama mereka dengan Tun Mahathir.

Boleh pulak dengan selamba je Si Tian Chuak tu menggunakan 'Logik' dan mendakwa apa yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir sebelum ini adalah urusan diantara dia dengan Tuhan.

Jadi, dalam erti kata lainnya, berdasar kepada 'Logik' Si Tian Chuak tu, semua kesalahan dan kesilapan yang dilakukan oleh puak Pakatan Haprak tu kita tak boleh nak masuk campur.

Seperti mana yang dinyatakan oleh Edwin Micheal ni, "kenyataan Tian Chua ini saya terjemahkan sebagai rakyat perlu memaafkan Mahathir, abaikan dosa liwat Anwar Ibrahim dan sokonglah Pakatan Harapan".

Apa yang jelas, Logik RETORIK Si Tian Chuak tu hanya boleh diguna-pakai oleh puak Pakatan Haprak tu sahaja. Kalau orang lain yang bertentangan dengan mereka, tak boleh guna 'Logik' tu.

Sebagai contoh yang diberikan, "Bagaimana dengan Anwar Ibrahim dan kes-kes liwatnya serta kehilangan jam tangan rolexnya? Ikutkan logik Tian Chua, itu antara Anwar Ibrahim dan Tuhan."

Teori Si Tian Chuak tu juga boleh digunakan dalam kes fitnah yang telah dilakukan oleh Si Nurul Izzah terhadap calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya yang lalu. Itu urusan dia dengan Tuhan.

Bahkan tindakan Rafizi Ramli dalam perlaksanaan agenda Langkah Kajang sehingga menyebabkan Pakatan Haramjadah tu berpecah juga tidak wajar dipersoalkan sebab itu urusan dia dengan tuhan.

Begitu juga dengan kes penyokong Pakatan Haprak tu yang percaya bulat - bulat terhadap fitnah yang ditaburkan oleh Rafizi juga tidak wajar dipertikaikan kerana itu diantara dia dengan tuhan.

TAPI, kalau dalam kes yang melibatkan Perdana Menteri atau pemimpin Barisan Nasional dengan isu yang dibangkitkan selama hari ini, tak nak pulak Si Tian Chuak tu biar dan anggap ianya urusan mereka dengan tuhan?

Kan nampak sangat HIPOKRITnya mainan Politik Retorik yang diamalkan oleh puak Pakatan Haprak ni. Demi nak menghalalkan tindakan Haramjadah yang mereka lakukan sampai tahap Tuhan pun jadi bahan jajaan Politik Peribadi diorang juga!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. kehilangan jam rolex ke atau jam omega?? Nampak sangat tian chua nak spin cerita sebenar..

    BalasPadam
  2. klu gitu x pyh fizi sebok pasal pm sbb semua tu urusan najib dgn tuhan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping