Khamis, April 21, 2016

Tinggi lagi maruah orang yang mintak sedekah depan Sungei Wang Plaza tu jika nak dibandingkan dengan Presiden parti Kuali ni. Setidak - tidaknya, diorang tak la meminta - minta.

Berbeza dengan Si Mat Sabu yang suka baling Mikrophone dan tuduh Si Ketua Penipu tu sebagai seorang 'Kaki Pungkoq' sebelum ini yang takde kemaluan menyeru mintak derma dari orang.

Tak malu ke Si Mat Sabu ni nak buat desakan sedemikian sedangkan dalam masa yang sama dia nak orang lain melihat dia sebagai seorang pemimpin yang ada kredibiliti dan kewibawaan?

Andai kata dia sendiri pun GAGAL nak membawa pembaharuan dalam kehidupan dia sendiri sehingga terpaksa meminta sedekah dari orang ramai, apa yang mampu dia berikan kepada orang lain?

Kalau dah dia sendiri pun takde kemampuan nak mencari sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan dia sendiri, macam mana dia nak selesaikan masalah perbelanjaan rakyat?

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Si Mat Sabu tu sebelum ini, dia dengan rasa tak malunya meminta orang ramai agar dapat menghulurkan sumbangan untuk menggerakkan partinya.

Kata Si Mat Sabu, sumbangan yang diberikan itu adalah untuk kegunaan parti supaya dapat mengadakan kempen, terutamanya di Negeri Sarawak menjelang Pilihan Raya Negeri itu kelak.

Bagi sesetengah pihak, rayuan yang dibuat oleh Si Mat Sabu tu adalah satu tindakan yang sia - sia dan sumbangan yang diberikan kepada parti Kuali tu lansung tidak mendatangkan faedah.
Pengguna Facebook yang menggunakan akaun Ady Junaidy pula memberi komen: “RM10…baik aku masuk kat tabung masjid," lapor laman portal Pahangku.com
Pokok pangkalnya, daripada kita nak mengabihkan duit bagi derma kepada orang macam Si Mat Sabu ni, baik la duit tu digunakan untuk membantu mereka yang lebih memerlukan. Kalau bagi sumbangan setakat untuk menguntungkan dia je baik tak payah!!!
Categories:

1 ulasan:

  1. org nombor satu pan ni antara org politik yg tak blh dipercayai...cakap tak serupa bikin.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping