Selasa, April 05, 2016

Astargfirullahalazim!!! Nampak gayanya Si Ostad Khalwat ni bukan sahaja jenis orang yang tak sedar diri. Tapi dia juga dari spesis manusia yang suka menyesatkan orang lain secara terbuka.

Dalam laporan sebelum ini, ternyata dendam kesumat dikalangan puak Pakatan Haprak tu terhadap Tun Mahathir masih lagi belum dapat dipadamkan. Terutama sekali bagi puak PKR ni.


Diorang bukan sahaja terkesan secara lansung terhadap tindakan yang dilakukan oleh Tun Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri. Malah kebencian mereka terhadap Tun masih membara.

Nak pulak apabila Tun Mahathir mengambil tindakan drastik, memecat dan menggugurkan jawatan Si Ketua Penipu tu sebagai Timbalan Perdana Menteri atas tuduhan Meliwat yang didakwa oleh DAPigs.

Bermula dari episod itulah yang membuatkan puak PKR ni cukup membenci Tun Mahathir sehingga pernah melabelkan Bekas Perdana Menteri itu dengan gelaran 'Maha-Firaun' dan 'Maha-Zalim'.

Dan seperti yang sudah kita maklumkan sebelum ini, tindakan puak PKR tu menerima Tun Mahathir dikalangan mereka hanya sekadar bertujuan untuk memalukan Mantan Perdana Menteri itu secara terbuka.

Maka, untuk menjustifikasikan tindakan Si Ostad Khalwat tu baru - baru ini, dia cuba memberikan penjelasan yang ternyata terlalu JIJIK untuk kita membacanya secara keseluruhan.

Kata Si Ostad Khalwat tu, dia pun berasa hairan kenapa baru sekarang ada dikalangan rakan seperjuangan dia dalam Pakatan yang bangkit mempertikaikan tindakannya membaca doa tersebut.
"Saya tertanya-tanya, kenapa setelah 18 tahun, baru kini doa saya dikritik dan dipertikai oleh teman seperjuangan? Adakah kerana hari ini kita teruja bila dapat bersama sepentas dan berkongsi mikrofon dengan Mahathir? Apakah itu memadam segala kezaliman yang dia lakukan satu masa dahulu?
"Kepada yang menegur saya kerana berdoa, anda orang hebat dan berani. Saya kagum. Saya pohon, tegurlah orang yang zalim itu secara berdepan mana tahu teguran anda membuatnya sedar dan segera bertaubat.
"Dalam konteks Mahathir, tegurlah dia mana tahu terbuka hatinya untuk minta maaf pada Anwar, keluarga dan rakyat. Ingat, GST hanyalah satu dari sekian banyak kezaliman yang bermula dari zaman Mahathir."
Nah! Kenyataan itu menegaskan bahawa kehadiran PKR berada sepentas dengan Tun Mahathir bukan hanya sekadar mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib semata - mata.

Tetapi niat mereka adalah untuk MEMALUKAN, MENGAIBKAN dan MEMBOGELKAN kezaliman Tun Mahathir terhadap Si Ketua Penipu tu sebelum ini. Kerana hakikatnya, PKR hanya berjuang demi menjaga kepentingan Si Ketua Penipu tu sahaja!!!
Categories: ,

7 ulasan:

  1. Mmg betul la dia ni kena tangkap basah dgn isteri org d hotel..dia la manusia ostad bertopeng. Ada rupa pula nak sumpah2 org. Tak malu sunggoh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fahaman syiah membolehkan nikah mutaah dan memaki-hamun sesiapa sahaja yang tak sehaluan dengan mereka....

      fikir-fikirkalah.....

      Padam
  2. Badrol Amin!!??? Takde kelas u...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Si Badrul ni sejak dari bangku sekolah lagi dah bermasalah dah. Problematic!

      Padam
  3. Apa lah sangat nak diharapkan daripada seorang bergelar ostad yang maruah diragui dari parti songsang? Ostad ni lah yang lantang berceramah fitnah merata-rata sehingga ALLAH "kenakan" dia dengan satu keaiban. Kalau tidak betul tak kan lah TSKI mantan MB Sgor tamatkan khidmat ostad ni. Suruh dia setelkan kes khalwat dia dulu. Sedap kot dapat bini orang ye ostad? Dengar dah dinikahi....jangan pulak sudah "rasa" puas2 di buang pulak yer...

    BalasPadam
  4. mcm ketua pan jgk...dulu ada kes khalwat dgn bini org. sekarang dok makan dedak dap plk. apa punya ahli politik la mcm ni.

    BalasPadam
  5. aku tak nampak nur seri wajah orang ber iman di mukanya....gelappp...hitammm...pekat....walaupun ada ilmu agama dan bergelar ostadzz..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping