Almarhum Tok Guru Nik Abdul Nik Mat tidak mahu mengizinkan PAS bekerjasama dengan Umno kerana berpegang pada pesan Rasulullah S.A.W. bahawa seorang muslim tidak akan dipatuk dua kali dalam lubang yang sama.
Mungkin yang paling memahami wasiat Nik Aziz itu ialah Wan Azizah, Presiden PKR dan anak sulungnya, Nurul Izzah yang juga pada ketika ini menyandang jawatan Naib Presiden parti itu.
Mereka memahami betapa peritnya hidup apabila Tun Mahathir mengarahkan pasukan gerak khas Polis menyerbu masuk ke rumah mereka pada September 1998 dan membawa mereka ke alam derita.
Sudah pasti peristiwa itu masih segar di benak pemikiran mereka yang juga masih sedih apabila Si Ketua Penipu tu hanya diizinkan keluar penjara sebentar sahaja untuk menziarahi jenazah ibunya dan mewalikan pernikahan Nurul Izzah.
Bagaimanapun kini Mahathir Mohamad yang mendera dan menghimpit hidup anak beranak Si Ketua Penipu tu berubah menjadi seorang yang didewa - dewakan oleh rakan Politik mereka.
Sejak termeterainya Deklarasi baru - baru ini, hampir semua "Kawan" Si Ketua Penipu tu mula 'mendampingi' Mahathir dengan alasan kononnya untuk “memperkukuh lagi perjuangan pembangkang”.
Di bawah slogan Selamatkan Malaysia, pemimpin-pemimpin PKR nampaknya langsung tidak cuba memahami kesedihan dan kekecewaan Wan Azizah. Sebaliknya mereka dengan galak berkongsi pentas Politik dengan Mahathir.
Tinggallah Wan Azizah sahaja menegaskan pendiriannya terhadap orang yang telah menyeksa hidup dia serta keluarganya. Sebagai Presiden Wan Azizah seolah - olah tidak boleh berbuat apa-apa terhadap tindakan kurang simpati ahli dan pemimpin PKR.
Tidak terfikirkah ahli-ahli PKR sendiri bahawa mereka mungkin mengalami nasib bebal “yang dikejar tak dapat tetapi yang dikendong berciciran” hanya kerana mahu menumpang aura Mahathir?
Tindakan Mahathir itu memaksa Wan Azizah menzahirkan kesalnya terhadap bekas Perdana Menteri itu yang masih terus melakukan serangan ke atas suaminya yang juga Ketua Umum PKR.
Meskipun ada pimpinan akar umbi PKR menyelar tindakan Mahathir itu, pimpinan PKR yang lain seperti Azmin Ali seolah-olah memekakkan telinga dan membiarkan Wan Azizah meratap sendirian.
Kesedihan Wan Azizah dan keluarganya ini membayangkan bahawa ahli dan kebanyakan pemimpin PKR lebih bernafsu untuk mencapai kemenangan politik dan kurang kasih serta kasihan terhadap Presiden mereka.
Mungkin bagi mereka Wan Azizah menduduki kerusi itu demi mengisi waktu Anwar kembali bebas dan kembali memimpin PKR. Namun dalam tempoh terdekat ini mereka tidak nampak kemungkinan Anwar dibebaskan.
Apakah Wan Azizah akan tinggal keseorangan meratapi dan memerhati sahaja orang yang mendera suami dan keluarganya terus disanjung oleh parti yang ditubuhkan untuk membebaskan Anwar dan Malaysia? Itu korang fikir la sendiri!!!
seravut vulu serabai
BalasPadam