Khamis, Mei 05, 2016

Pulak dah! Inilah masalahnya bila ada yang terlalu 'Ghairah' tak tentu arah sampai tahap huru hara jadinya. Yang sorang kata lain, yang sorang lagi kata lain pulak. Tak ke haru namanya.

Kalau semalam, media arus perdana memetik kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Pulau Pinang yang mendakwa kes SD Palsu pemilik banglow mewah 'Terlajak Murah' tu telah digugurkan.

Namun kes yang telah diklasifikasikan sebagai 'Tiada Siasatan Selanjutnya' itu telah menimbulkan seribu satu persoalan dikalangan rakyat yang mula curiga dengan pihak berkuasa.

Sudah la SPRM lembab menjalankan tugas, dah Polis pulak nak gugurkan siasatan ke atas dakwaan SD Palsu yang telah dibuat oleh Phang Li Koon. Mana tidak orang marah dan merasa kecewa.

Walaubagaimana pun, dalam satu kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Peguam Negara, mereka menafikan bahawa pihaknya telah menutup kes SD Palsu itu.

Katanya, sehingga ke hari ini, masih tiada lagi sebarang keputusan dibuat terhadap kes tersebut dan ianya masih dalam proses kajian serta tindakan dari pihak Jabatan Peguam Negara.

Nah! Kan cacamarba jadinya. Ketua Polis kata lain, Peguam Negara kata lain. Yang berkecamuk sangat masing - masing ni kenapa? Buat apa yang diorang ni pening tak tentu arah ni?

Dan yang lebih menghairankan kita, kenapa lama sangat diorang nak ambik tindakan terhadap Si Guan Eng tu sedangkan kalau dalam kes melibatkan pegawai KBS baru - baru ni, cepat pulak diorang bertindak?

Yang menjadi persoalannya sekarang ialah integriti pihak berkuasa itu sendiri yang menjadi pertikaian dikalangan rakyat. Jangan buat kerja yang akhirnya akan membangkitkan rasa curiga. Bila rakyat dah hilang kepercayaan nanti, jangan diorang meroyan pulak!!!
Categories:

4 ulasan:

  1. Bila buat U-turn, mestilah ada alasan untuk justifynya.
    KIHKIHKIHKIH - dah tentu alasannya LIM GUAN ENG sudah bayar
    Ketua Polis Pulau Pinang dan Datuk Ghafar dari Jabatn Peguan Negara!!!
    Ini pun korang payah nak pikir.

    BalasPadam
  2. apasal ler jadi begini wahai pegawai2 tinggi bangsa melayu...kena main dgn cina bukit jer.... memang pandir betul daaaa

    BalasPadam
  3. makan dedak lge ke? ini mcm manyak susah maa...

    BalasPadam
  4. Di belakang LGE ada berberapa taikun taikun tempatan sebagai banker dan taikun taikun dari singapura,hong kong dan taiwan.Ada yang sudah memainkan peranan demi menjaga tokong mereka dan menjamin apa apa yang mereka laburkan di P.Pinang.Kita lihat kesudahannya.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping