Khamis, Mei 05, 2016

Wah!!! Nampak gayanya kempen nak "mem-BERSIH-kan" PKR dari pengaruh Si Azmin tu semakin rancak. Pelbagai mekanisme sedang diusahakan untuk mengguling Timbalan Presiden PKR tu.

Kalau sebelum ini, pelbagai kepincangan dan penyelewengan yang berkaitan dengan pemerintahan Rejim Pakatan di Selangor tu telah pun didedahkan kepada rakyat secara umum.

Malah persoalan mengenai pertikaian tentang kesetiaan Si Menteri Besar Selangor kepada dasar perjuangan parti juga turut menjadi satu isu utama yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak.

Nak pulak sejak Si Menteri Besar Selangor tu dilihat seolah - olah menjadi semakin taksub dengan Tun Mahathir dan gerakan deklarasi yang dibuat bagi menjatuhkan Perdana Menteri sebelum ini.

Bagi sesetengah pendapat, tindakan Si Azmin tu menyokong deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir itu seolah - olah membelakangkan pendirian serta dasar perjuangan parti secara terbuka.

Sokongan tidak berbelah bahagi yang ditonjolkan oleh Si Azmin tu jelas merupakan satu penghinaan kepada Presiden parti serta ahli keluarga Si Ketua Penipu tu secara terang - terangan.

Mungkin atas dasar itu, penyokong kuat Wan Azizah tampil membuat cabaran terbuka kepada Azmin untuk berdebat dengan mereka berhubung isu yang berkaitan dengan deklarasi tersebut.

Namun malangnya, dari kenyataan yang dibuat oleh wakil SAMM, jemputan debat yang dibuat kepada Si Menteri Besar Selangor itu GAGAL mendapat jawapan balas dari pihaknya.

Kata mereka, debat ini pada awalnya menampilkan Bekas Pengerusi Bersih, Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Bayan Lepas dan YB Amiruddin Shaari yang mewakili kumpulan 'Pro-Deklarasi'.
"Namun seorang ahli panel pro-deklarasi telah menolak jemputan untuk hadir berdebat iaitu YB Amiruddin. Seminggu lalu YB Amir telah meminta masa 3 hari untuk mempertimbangkan jemputan penganjur tetapi sehingga hari ini masih tiada respon setelah beberapa kali dihubungi.
"Maka YB Amir juga sebaris dengan YAB Azmin, YB Tien Chua, YB Afif dan beberapa pimpinan Pakatan Harapan yang tidak respon untuk berdebat lantas melepaskan peluang untuk mengangkat deklarasi yang mereka katakan demi 'Selamatkan Malaysia'. Adakah mereka juga sudah hilang percaya?" soal SAMM
Sekaligus ianya membuktikan bahawa Si Menteri Besar Selangor tu TAKUT nak berdebat secara terbuka mengenai isu yang KONONnya disokong seratus peratus. Nampak sangat yang Si Azmin tu dah mula Kecut Buah Kerandut dan Takut pada Bayang - Bayang sendiri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Azmin kata kat akkK , kalau wan zizah dan nurul tanak deklarasi diorang boleh keluar dari pkr. Tian cuak atau rafizi boleh jadi timbalan preseden ppkr ......he he ho ho ho horlickkk

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping