Jumaat, Mei 27, 2016

Heh! Nampak gayanya isu mengenai 'Kata Dua' berbaur ugutan yang telah dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu sebelum ini masih belum selesai dan terus dipertikaikan oleh ramai pihak.

Biarpun sebelum ini perkara itu telah dinafikan dalam satu kenyataan, namun wakil dari PAS mendakwa bahawa Si Menteri Besar Selangor tu berbohong kepada pihak wartawan dan juga media.

Bercerita mengenai perkara yang sama, Si Khalid Samad ni tampil memberikan pendapat dia mengenai isu tersebut yang secara dasarnya melihat isu itu sebagai satu perkara yang sangat janggal.

Kata Si Khalid Samad, selama hari ini, Si Menteri Besar Selangor tu jugak yang beria - ia nak mengekalkan penyertaan PAS dalam Rejim Pakatan Haprak tu di Selangor dibawah pimpinannya.

Walaupun tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu menerima kecaman dan cemuhan dari rakan lain dalam Pakatan Haprak, tapi dia tetap konsisten dengan keputusan tersebut.
"Adalah pelik, setelah bertungkus lumus mempertahankan penyertaan PAS dalam kerajaan Negeri Selangor, beliau menjejaskan kerjasama ini demi PRK Sungai Besar. Adakah mungkin PRK ini dilihat begitu penting sehingga sanggup menggadaikan segala yang diusahakan selama ini?
"Berdasarkan komitmen MB dan PKR terhadap penyertaan PAS dalam kerajaan Selangor selama ini, saya menganggap dakwaan kononnya MB mengugut PAS sedemikian rupa sebagai satu perkara yang sukar dipercayai," katanya.
Secara tak lansung, kenyataan yang dibuat oleh Si Khalid Samad ni memberikan kita tiga gambaran yang jelas. Pertama, Si Menteri Besar Selangor tu BODOH sebab nak kekalkan PAS dalam Rejim Pakatan di Selangor.

Bagi dia, tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu hanya sia - sia belaka memandangkan pada ketika ini PAS lansung tak menghormati permintaan yang dibuat olehnya.

Kedua, PAS adalah sebuah parti yang tak boleh dipercayai memandangkan mereka mudah untuk menikam belakang apabila keadaan tidak menguntungkan kepentingan parti itu sendiri.

Perkara itu cukup jelas apabila PAS tetap dengan pendirian mereka untuk kekal bertanding didalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar 18 Jun nanti walaupun ditentang oleh PKR.

Dan Ketiga, kenyataan Si Khalid samad tu memberikan kita gambaran seolah - olah Si Menteri Besar Selangor tu hanya bermain wayang dan cuba nak mengelirukan rakyat dari perkara sebenar.

Diantara ketiga - tiga gambaran itu, yang mana satu Si Khalid Samad ni cuba sampaikan? Namun, kenyataan Si Khalid Samad tu hanya menjurus kepada SATU perkara yang pasti. Puak Pakatan Haprak ni memang tak boleh dipercayai!!! Termasuk la PAS sekali pun!!!
Categories: , , ,

2 ulasan:

  1. Kah kah kah Click Smart cakap PANdusta

    BalasPadam
  2. si khalid ni yg semakin hari semakin tak laku dlm politik...dok diam2 je la.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping