Isnin, Mei 02, 2016

Ya! Memang itu pun yang perlu dilakukan oleh agensi - agensi yang berkaitan. Dan bagi pihak yang mengaku KONONnya diorang ni 'Pencinta Alam' pun perlu buat benda yang sama.

Kaji punca kenapa berlakunya kejadian air cetek tu di Sungai Pahang. Bukannya buat tuduhan yang tak tentu arah dengan kesimpulan yang guna kepala otak sendiri semata - mata.

Lepas tu ada pulak yang tak jejak kaki pun ke Sungai Pahang tu atau mudik ke hulu untuk mencari punca tapi buat status dalam laman media macam semua benda dia tau. Padahal, dia duduk kat atas kayangan.

Dan ada yang lagi teruk daripada itu. Dalam Facebook, bukan main kutuk Kerajaan Barisan Nasional Pahang. Tuduh kata Kerajaan Barisan Nasional ni tak prihatin pada alam sekitar dan sebagainya.

Kiranya dia nak buat dakwaan kononnya Kerajaan Negeri Pahang ni tak bertanggungjawab. Tapi bila diajak ke luar Negara, laju pulak dia angkat tangan, menumpang pihak Kerajaan.

Orang macam ni memang payah sikit. Dia ingat dia kaya, ke hulu ke hilir naik Bentley, ada tanah beli dari orang kampung, dia boleh buat apa yang dia suka. Hentam orang ikut sedap hati je.

Kalau setakat nak hentam orang ni, semua orang boleh buat. Nak cari salah orang, budak sekolah tadika pun pandai. Cuba sekali sekala orang kaya naik Bentley ni bagi cara nak selesaikan masalah. Jumpa dengan pihak Kerajaan Negeri, bincang. Jangan setakat pandai 'Baling Batu Sembunyi Tangan' je!!!
KUANTAN - Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob mengarahkan agensi dan jabatan kerajaan berkaitan segera menyiasat dakwaan bahawa pembalakan di Hulu Tembeling menjadi punca utama Sungai Pahang menjadi kering.

Menurutnya, siasatan itu bagi memastikan sama ada benar ia disebabkan pembalakan atau turut disumbangkan oleh faktor lain seperti cuaca panas melampau berikutan fenomena El Nino yang melanda negara ketika ini.

Dalam pekembangan lain, Adnan berkata kerajaan negeri menerusi Yayasan Pahang akan memberikan bantuan secara 'one off' kepada 150 pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) kampus Gombak yang kurang berkemampuan.

Katanya, selain anak Pahang, ia juga diberikan kepada pelajar dari negeri lain sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri selain menghormati Sultan Ahmad Shah selaku Ketua Perlembagaan UIAM dan rektornya Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin yang juga anak Pahang.
Categories:

2 ulasan:

  1. TAK PAYOH NOK SIASAT2.TU SEMUA KERJA TUHEY.

    BalasPadam
  2. Kepala Kote mu ade tungau...tak payoh nok bue2. .itu sume takdir tuhe

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping