Isnin, Mei 02, 2016

Aduhai!!! Nampak gayanya, puak PKR ni dah semakin ketandusan idea nak meraih simpati dari kalangan rakyat serta pengikut setia parti tu sendiri sampai terpaksa kitar semula kisah lama.

Memandangkan pada ketika ini, pengaruh serta perhatian yang diberikan rakyat kepada Si Ketua Penipu tu sendiri pun dah semakin berkurangan, maka terpaksa la diorang guna isu seperti ini.

Tujuannya nak meraih sokongan Simpati Murahan dari kalangan rakyat dan memburukkan imej pihak Polis DiRaja Malaysia. Kononnya, nak tunjuk la yang Polis Malaysia ni Kejam dan Zalim.

Tapi dari satu sudut, isu berkaitan dengan keputusan mahkamah terhadap Tan Sri Rahim Noor ni sengaja dijadikan sensasi oleh puak PKR tu sebagai peringatan kepada semua ahli partinya.

Dek kerana sekarang ni ramai pemimpin dikalangan puak PKR tu sendiri pun yang semakin taksub dengan Tun Mahathir, maka keputusan kes ini sengaja dibangkitkan semula oleh mereka.

Tujuannya supaya diorang ni ingat mengenai kezaliman dan kekejaman yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun sebelum ini.

Dalam erti kata lainnya, penyebaran yang dilakukan oleh puak PKR berkaitan dengan kes 'Mata Lebam' ni nak menyindir sesetengah pihak yang dilihat semakin Taksub dengan Tun Mahathir.

Seperti mana yang didedahkan sebelum ini, memang ada dikalangan puak PKR tu sekarang ni yang berusaha nak menyingkirkan pengaruh keluarga Si Ketua Penipu tu dari dalam parti.

Malah, ada juga dikalangan pemimpin tertinggi PKR yang sanggup menyatakan bahawa agenda Politik parti itu tidak perlu berkisarkan kepada kronisme dan nepotisme semata - mata.

Apa yang jelas, mereka yang terlibat mempunyai cita - cita Politik yang cukup tinggi menjangkau lebih daripada kepentingan Politik Peribadi Si Ketua Penipu tu dan ahli keluarganya sahaja.

Jadi, tak heran la sekiranya kes 'Mata Lebam' ni sengaja dibangkitkan semula demi untuk meraih sokongan Simpati Murahan dari kalangan pengikut supaya mereka tak terpengaruh dengan agenda Politik pihak yang tertentu dari dalam parti tu sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping