Selasa, Mei 03, 2016

Sesungguhnya ketentuan Allah S.W.T itu ternyata jauh lebih besar dari perancangan yang dibuat oleh manusia. Siapa sangka, tengah panas terik tiba - tiba hujan turun dengan lebat. Itu semua kuasa Allah.

Itulah keadaan yang berlaku semalam sewaktu YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob turun merasmikan Kempen Keahlian dan Daftar Pemilih Puteri UMNO di Temerloh.

Tapi malangnya, ada jugak mereka yang tak boleh terima dengan ketentuan Allah S.W.T ni. Diorang ni lebih senang memilih jalan yang mudah untuk menyalahkan orang lain sesuka hati.
Hakikatnya, fenomena El-Nino yang dirasai pada ketika ini bukannya hanya di Pahang sahaja. Tapi diseluruh Negara turut mengalami keadaan yang sama. Boleh dikatakan semua tempat panas.

Di Kedah, jelapang padi pun kering. Di Bukit Merah, air tasik tu pun dilaporkan menyusut. Di Perak dan di Selangor, paras air didalam empangan pun menyusut. Itu bukti jelas berlakunya El-Nino.

Tapi bagi sesetengah pihak yang Oportunis serta tak tau malu ni lebih suka menyalahkan pihak Kerajaan dan menunding jari sesuka hati diorang je dengan dakwaan yang bukan - bukan.
Sekarang diorang buat tuduhan, punca utama air Sungai Pahang di Temerloh semakin kering adalah disebabkan pihak Kerajaan tidak memantau aktiviti pembalakan haram dibeberapa tempat.

Itu kata diorang sekarang. Nanti kalau tiba musim La Nina, agak - agak korang, apa alasan yang akan diberikan oleh puak - puak yang suka mengambil kesempatan ni kalau bukan alasan yang sama diberikan.

Sedangkan hari tu pun, masa Temerloh banjir, alasan yang sama jugak diorang bagi. Kata diorang, banjir berlaku disebab Kerajaan Negeri tidak memantau aktiviti pembalakan Haram. Kan nampak sangat yang diorang ni jenis orang yang tak boleh terima ketentuan Allah S.W.T!!!
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping