Sabtu, Mei 07, 2016

Ucapan takziah dan penghormatan bercucuran untuk Allahyarham Noriah Kasnon dan keluarga selepas pihak berkuasa mengesahkan timbalan menteri itu merupakan mangsa pertama kemalangan helikopter di Sebuyau, Sarawak.

Di dalam laman twitter peribadinya, YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut melahirkan rasa sedih setelah mendengar berita mengenai pemergian YB Noriah.
“Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un. Sedih terima pngesahan bahawa Dato’ Noriah Kasnon telah pulang ke rahmatullah akibat nahas helikopter. Al-Fatihah.”
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri juga turut menghulurkan takziah kepada keluarga Noriah, begitu juga Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah.
“Saya & seluruh rakyat Kedah mengucapkan takziah kpd ahli keluarga Dato’ Noriah Kasnon,” cicip Bashah di Twitter miliknya.
Parti pembangkang PKR dan ADUN DAP, Teng Chang Khim turut mengucapkan takziah. Netizens turut menyampaikan takziah dan berkongsi pengalaman mereka bersama Allahyarham.
“Saya pernah bertemu Noriah Kasnon beberapa kali, beliau seorang yang sangat menyenangkan dan selalu tersenyum,” menurut seorang pengguna Twitter, namiamosh.
Tidak ketinggalan turut mengucapkan takziah dan berdoa untuk Allahyarhamha ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob melalui status dilaman Facebooknya.
Sebagai rekod, YAB Menteri Besar Pahang dan Allahyarhamha YB Dato' Noriah Kasnon pernah menjadi rakan sekuliah sewaktu mereka bersama - sama menuntut di UIA Gombak dalam jurusan perundangan.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping