Rabu, Mei 04, 2016

Heh! Ingatkan pemimpin - pemimpin dari Semenanjung je yang kena halau dari menjejakkan kaki mereka di Sarawak. Rupanya, calon yang bertanding pun sama kena halau jugak.

Kali ini kejadian berlaku di kerusi DUN Lambir ketika calon yang mewakili PKR membuat lawatan ke rumah panjang telah dihalau oleh penghuni rumah tersebut secara terang - terangan.

Ketika mereka melemparkan tohmahan konon ada calon Barisan Nasional (BN) tidak diterima rakyat Sarawak kali ini, rupa - rupanya ada juga cerita yang cuba nak disembunyikan.

Kecuali calon popular di kerusi yang dianggap hitam bagi peluang BN menang, hakikatnya di kawasan kelabu atau putih untuk BN, keadaan adalah sebaliknya hingga jadi bahan bualan masyarakat tempatan.

Kisah calon PKR untuk kerusi Lambir dekat Miri dimalukan oleh penduduk di sebuah rumah panjang apabila diusir keluar sebagai tanda dirinya ditolak kelompok masyarakat hulu pedalaman itu.

Menerusi visual disebarkan netizen Sarawak menunjukkan seorang lelaki memarahi calon tersebut yang didakwa sebagai kurang ajar ketika rombongan PKR dikatakan mahu berkempen menemui penduduk rumah panjang itu.

Kerusi N.72 ini turut disaingi bekas sekutunya sendiri dari Pakatan Rakyat, Mohammad Arifiriazul Paijo mewakili PAS selain BN, Ripin Lamat dari parti komponen terbesar negeri itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).

Lambir yang ada 17,533 pengundi berdaftar majoritinya Melayu, dianggap kawasan kelabu kerana BN hanya menang sederhana 1,521 undi pada PRN 2011 lalu dan sebanyak 2,843 undi sahaja pada PRN 2006 sebelum itu.

Kerusi yang dianggap tradisi milik BN-PBB tersebut sering disaingi oleh calon PKR selain pernah juga ditandingi calon bebas dan parti kecil tempatan antaranya Parti Kebangsaan Sarawak (Snap).
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping