Sabtu, Jun 04, 2016

Perkembangan politik di Selangor sangat membimbangkan,” kata bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, situasi politik semasa di Selangor yang diakibatkan oleh pendedahan berlaku rasuah seks dan wang ringgit dalam kerajaan Selangor tidak memberi faedah kepada rakyat negeri itu.

Maka, kata beliau, Menteri Besar sedia ada, Datuk Mohamed Azmin Ali harus membuat keputusan yang wajar untuk melindungi kepentingan rakyat.

Beliau menegaskan pernah meletak jawatan (pada tahun 2014) kerana mahu mengelakkan gangguan kepada pentadbiran yang berkesan dan pembangunan mampan negeri Selangor.

“Kini semua mata akan melihat sejauh mana kerjasama dalam siasatan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa yang lain ke atas semua dakwaan itu,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau semalam.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sebelum ini mendedahkan berlaku gejala rasuah seks dan wang ringgit dalam kerajaan Selangor dibawah pentadbiran Mohamed Azmin.

Sehubungan itu, beliau diarahkan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail supaya membuat laporan kepada SPRM mengenai perkara itu.

Mohamed Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan pihak yang mendedahkan perkara itu sebagai bacul.

Ramai pihak berpandangan isu tersebut sebenarnya terbit akibat daripada krisis politik dalaman PKR yang berlaku diantara Mohamed Azmin dan Wan Azizah.

Ia berikutan keengganan Mohamed Azmin mematuhi saranan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya PKR tidak kerjasama dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam `deklarasi rakyat’.

Pada tahun 2014, PKR menggulingkan Abdul Khalid daripada jawatan Menteri Besar bagi memberi laluan kepada Wan Azizah yang juga isteri Anwar memegang jawatan itu.

Hasrat Anwar untuk menjadikan isterinya yang juga Presiden PKR sebagai Menteri Besar Selangor tidak kesampaian kerana tidak mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan Selangor kemudian berkenan melantik Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu berdasarkan calon-calon yang dicadangkan. 
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Aaazuraaaa kau laa sinar hidupku, yang memancar dijiwaku, ooooo aazuuuraaa. 2pulosen..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping