Heh! Nampak gayanya langkah yang diambil oleh parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu nak tampilkan "Anak Tempatan" bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar KANTOI juga akhirnya.
Status sebagai 'Anak Jati' yang telah digembar - gemburkan oleh puak parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu kini mula menjadi bahan pertikaian yang hangat dikalangan penduduk setempat.
Dari semakan daftar pemilih di laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapati Azhar tidak akan mengundi di Parlimen Sungai Besar, sebaliknya dia mengundi di Parlimen Temerloh.
Bagaimanapun, Azhar yang kini menetap di Sungai Haji Dorani mengakui bahawa dia mengundi di Pahang, namun menjelaskan ia bukanlah masalah besar kerana sudah kembali ke Sungai Besar.
“Sebelum ini saya duduk dengan ibu mertua saya. Saya dulu bekerja di Temerloh. Itu sahaja, tidak ada isunya. Saya duduk di Temerloh dan itu adalah rumah isteri saya. Sekarang ini, saya kembali semula ke Sungai Besar. Temerloh itu kampung isteri saya,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Walau bagaimana pun, ada desas desus mengatakan bahawa calon yang menjadi wakli parti KUALI Si Mat Sabu tu merupakan salah seorang 'Pengundi Luar' yang telah dipindah sebelum ini.
Perkara itu menjadi perhatian apabila ada kawasan Parlimen yang menjadi kawasan tumpuan mengalami penambahan jumlah bilangan pengundi yang cukup besar dan mendadak.
Dari satu sudut, kebarangkalian calon dari parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu ni menjadi salah seorang dari mereka memang agak masuk akal apabila PAS berjaya menawan Temerloh dalam PRU yang lepas.
Namun, spekulasi mengenai perkara itu masih belum dapat ditentukan. Tetapi hakikatnya, calon parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu KANTOI menjadi 'Pengundi Luar' dari kawasan Sungai Besar.
Dalam PRK Sungai Besar, Azhar akan bersaing dengan anak jati Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi mewakili BN dan calon PAS, Dr Abdul Rani Osman bagi merebut kerusi Parlimen yang ditinggalkan allahyarham Datuk Noriah Kasnon akibat nahas helikopter.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.