Khamis, Jun 02, 2016

Hehehe!!! Nampak gayanya kepincangan dalam kepimpinan PKR ni dah semakin bertambah kronik apabila Si Wan Azizah tu dilihat mengeluarkan arahan secara terbuka kepada Azmin.

Jika dilihat dari satu sudut, kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Wan Azizah boleh dilihat seperti dia sudah hilang kepercayaan sepenuhnya terhadap kepimpinan Si Menteri Besar Selangor tu.

Kata Si Wan Azizah, Si Azmin tu hanya layak untuk menjaga kepimpinan Pakatan yang terdahulu sahaja yang turut melibatkan PAS dan juga DAPigs. Jadi, jangan memandai - mandai tak tentu arah.

Bagi Si Wan Azizah, tindakan yang GAGAL dilakukan sebelum ini oleh Si Azmin tu membuktikan bahawa dia hanya sekadar mahu menjaga keutuhan Rejim Pakatan di Selangor sahaja.

Dan menurut kenyataan yang dibuat oleh Si Wan Azizah ni juga memberi gambaran bahawa dia tidak mahu Si Azmin tu masuk campur dalam urusan Pakatan Haprak tu dalam Pilihan Raya Kecil di Sungai Besar.

Alasan yang diberikan oleh Wan Azizah, Pilihan Raya Kecil di Sungai Besar ini hanya melibatkan Parlimen. Ianya tidak ada kaitan lansung dengan Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Azmin.
"Kita tahu Pas masih lagi dalam kerajaan dulu yang dipilih oleh rakyat. Sebab itu parti buat ketetapan ini adalah pilihan raya di peringkat Parlimen. Azmin Ali kita tahu dia mesti menjaga kerajaan beliau. 
"Azmin adalah Menteri Besar. Itu kita memang faham, dia ada satu kedudukan untuk menjaga kerajaan Pakatan yang dulu," kata Wan Azizah.
Secara tidak lansung, tindakan Si Wan Azizah tu seolah - olah membenarkan spekulasi yang tersebar sebelum ini dimana Si Azmin tu dikatakan telah menarik diri dari terlibat dalam PRK Sungai Besar.

Melalui pendedahan itu juga, Si Azmin tu selaku Ketua PKR Selangor dikatakan telah mengeluarkan arahan supaya semua bilik gerakan PKR yang telah dibuka sebelum ini ditutup.

Bahkan Si Menteri Besar Selangor itu juga turut dilaporkan telah menarik balik semua peruntukan Rejim Pakatan yang telah dibuat bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Sungai Besar 18 Jun nanti.

Dalam erti kata lainnya, Si Wan Azizah ni nak suruh Si Azmin tu supaya jangan masuk campur dalam urusan Pilihan Raya Kecil di Sungai Besar. Cukup la dia setakat jaga Rejim Pakatan Selangor yang semakin hari semakin dihimpit dengan pelbagai skandal tu!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping