Rabu, Jun 01, 2016

Bukan sahaja tidak ada kerusi DAP pinjamkan kepada PAS sebaliknya Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP mendakwa Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebagai angkuh.

Katanya PAS juga mendapat kelebihan semasa mereka bekerjasama dengan DAP dan PKR yang membantu parti itu memenangi kerusi-kerusi yang tidak pernah dimenangi oleh mereka terutamanya di negeri-negeri Pantai Barat seperti di Perak, Selangor dan Johor.
“Saya ingin bertanya kepada Nik Abduh, kerusi manakah yang “dipinjamkan” oleh PAS kepada DAP dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13)?
“Mengikut rekod kami, tidak ada sebarang rundingan kerusi di antara PAS dengan DAP sebelum PRU13 kerana tidak ada pertindihan kerusi yang ditandingi oleh kedua-dua parti.
“Justeru itu, soal PAS “meminjamkan” kerusi kepada DAP untuk ditandingi tidak timbul sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nik Abdul yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas di muktamar PAS semalam yang menyarankan pimpinan PAS mengambil kembali kerusi yang “dipinjamkan” kepada PKR dan DAP dalam pilihan raya yang lalu.

Loke turut mengingatkan Nik Abduh bahawa DAP merupakan sebuah parti yang telah mengharungi sejarah perjuangan selama 50 tahun dalam arena politik Malaysia.
“Hampir semua kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP dalam PRU13 adalah kerusi-kerusi yang ditandingi sejak tahun 1969 lagi iaitu pilihan raya pertama yang disertai oleh DAP sejak ditubuhkan pada tahun 1966,” tambahnya.
Menurut Loke, PAS ada hak dan kebebasan untuk bertanding di mana-mana kerusi dalam pilihan raya akan datang “tetapi untuk menuntut semula “pinjaman” yang tak pernah wujud adalah satu dusta terhadap DAP”.
“Sebagai seorang ahli Parlimen yang bergelar agamawan, saya menyeru beliau supaya lebih bertanggungjawab dalam kenyataannya dan menyampaikan ucapan berlandaskan fakta yang kukuh.
“Hujah beliau yang tidak disokong dengan fakta yang benar merupakan satu cubaan untuk menimbulkan persepsi negatif untuk mengelirukan ahli akar umbi PAS, kononnya hanya PAS sahaja yang berkorban semasa menjalinkan kerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat,” tegas Ahli Parlimen Seremban itu.
Beliau turut berasa kesal dengan sikap angkuh Nik Abduh yang tidak mengenang jasa dan peranan yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim dalam membantu PAS melonjak ke politik arus perdana pasca Gerakan Reformasi 1998.
“Umum diketahui bahawa PAS memenangi kerajaan negeri Terengganu pada tahun 1999 di atas gelombang kebangkitan rakyat yang dicetus oleh kemarahan terhadap kezaliman ke atas Datuk Seri Anwar,” tegasnya.
Tapi IRONIKnya, DAPigs hari ini tidak lagi dilihat menyokong 'Kezaliman' yang dimaksudkan. Sebaliknya mereka lebih cenderung menyokong deklarasi Tun Mahathir dan meminggirkan Si Ketua Penipu tu. Nampak sangat yang DAPigs ni Cakap Tak Serupa Bikin!!!
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. dap semakin hri semakin kurang sokongan melayu.

    BalasPadam
  2. Dap,mca,mic dan gerakan lupa kemenangan mereka banyak dibantu oleh orang islam.
    Kalau nk ikut majority kaum mereka dimana sangat la d msia ni yg majoriti mereka. Pru14 nanti mereka akan tahu akibat dari sikap angkuh mereka. Itulun kalau melayu islam tidak mudah lupa.

    BalasPadam
  3. Yang jadi masalah ialah orang Melayu berugama Islam dlm DAP. Mereka ini patut dilabel sebagai pengkhianat terhadap bangsa, negara dan agama Islam

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping