Rabu, Jun 01, 2016

Wah!!! Nampak gayanya, tak serik - serik lagi SI Rafizi ni buat dakwaan dan tuduhan yang bukan - bukan. Penyudahnya dia sendiri juga yang terperangkap dalam 'Lobang Taik'nya sendiri.

Kalau dulu dia pernah buat dakwaan dan tuduhan liar terhadap Lembaga Tabung Haji sehingga menyebabkan ramai dikalangan penyimpan hilang kelayakan untuk menunaikan Haji.

Kali ini Pakar propaganda Pakatan Haprak tu tiba-tiba mengubah tuduhannya berhubung isu pampasan persaraan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kepada pesara tentera daripada `gagal membayar’ kepada `lambat mendapat pampasan’.

Beliau yang juga Setiausaha Agung PKR dipercayai mengubah `nada’ tuduhannya itu dalam satu kenyataannya hari ini berikutan tindakan LTAT menyerahkan writ saman dan penyata tuntutan yang telah difailkan di mahkamah ke atas beliau disebabkan tuduhannya itu.

“Walaupun kenyataan LTAT pada 30 Mac 2016 mengaitkan tindakan saman terhadap saya bersyarat jika saya gagal mengemukakan senarai pesara tentera yang lewat mendapatkan pampasan, nampaknya LTAT tidak patuh kepada syaratnya sendiri.

“Saya kesal kerana tindakan saya membela pesara tentera yang `lambat mendapat pampasan’ dijadikan alasan untuk menekan saya,” dakwanya dalam kenyataan itu.

Portal berita propembangkang pada Mac lalu ghairah melaporkan tuduhan Rafizi berhubung isu pesara tentera yang didakwa masih belum dibayar caruman mereka oleh LTAT sejak tahun 2014.

Beliau dilaporkan percaya sehingga 12,000 bekas kakitangan tentera turut terjejas dan menuntut Ketua Eksekutif LTAT, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin meletakkan jawatan.

Rafizi dalam kenyataan hari ini bagaimanapun mengakui beliau cuma mengemukakan senarai 110 pesara tentera yang belum menerima pampasan gratuiti kepada LTAT seperti yang dituntut pada 31 Mac lalu.

Beliau turut mengakui LTAT telah memaklumkan 69 dari pesara terbabit telah dibayar di antara 16 Mac 2016 dan 4 April 2016, dokumen bagi 23 pesara tentera baru diperolehi dari Unit Gaji Angkatan Tentera (UGAT) dan pembayaran sedang diproses manakala Dokumen bagi 16 pesara belum diterima dari UGAT.
Categories: ,

3 ulasan:

  1. kaki fitnah... jngn undi lgi.

    BalasPadam
  2. KAWE SERU SEMUA RAKYAT MALASIA PERCAYA BULAT2SETA RATUHI SEMUA FATWA YANG KELUAR DARI MULUT LAPIJI

    BalasPadam
  3. Bila lah si pemfitnah tegar ni nak masuk penjara...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping