Rabu, Jun 01, 2016

Pemuda PAS hari ini menuduh DAP angkuh apabila 'memberikan arak' kepada segelintir ahli parti itu sehingga mereka 'mabuk' dan kemudiannya menubuhkan Parti Amanah Negara (PAN).

Ketua Pemudanya, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke yang menuduh beliau sebagai angkuh dan tidak mengenang jasa pemimpin pembangkang.

"Dalam cerita kita bersama dahulu, siapa yang mula serangan kepada Presiden? DAP. 

"Siapakah yang memecahkan PAS sampai setengah ahli PAS mabuk, pindah jadi PAN? DAP yang beri arak kepada mereka sehingga mereka tubuhkan PAN. Itu tanda DAP angkuh," katanya di sidang media Pemuda PAS di Kelantan Trade Centre, sempena Muktamar Dewan Pemuda PAS Ke-57, petang tadi.

Anthony juga berkata PAS menerima manfaat ketika bekerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) suatu ketika dahulu dengan menang di beberapa kawasan yang tidak pernah dimenangi parti Islam itu.

Nik Abduh kemudiannya membidas kenyataan itu dengan berkata, PAS juga memberi dan memainkan peranan sepanjang kebersamaan parti itu dalam PR.

"Ketika kita aman dahulu pun, kita (PAS)  banyak bantu. Krisis yang berlaku adalah selepas pilihan raya dimana tuduh-menuduh berlaku. 

"Saya pun nak sebut bahawa saya diberitahu saya dikatakan sombong dengan kenyataan semalam. Saya nak beritahu, DAP yang sombong sehingga mereka tidak tahu mereka sombong sehingga nak kata saya pula yang sombong," tegas Nik Abduh lagi.
Categories: , ,

3 ulasan:

  1. gomo kelate gomo,gomo sapai rebeh

    BalasPadam
  2. Good n proper YB..

    BalasPadam
  3. eloklah tu klu pas dah tak bersama dap lgi.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping