Rabu, Jun 29, 2016

Mulanya, terasa malas juga nak komen pasal isu yang dibangkitkan ni. Tapi bila nampak sangat dakwaan yang dibuat tu tak berasas, terasa gatal jugak tangan nak bertanya satu dua soalan.

Ada jugak la sahabat - sahabat pesan, bila kita banyak sangat bercakap, takut nanti apa yang kita cakap tu hanya menunjukkan kebodohan kita depan orang ramai. Nanti yang malunya diri kita sendiri juga.

Kalau dilihat dari satu sudut, alang - alang nak buat spekulasi dan dakwaan, biar dibuat secara besar - besaran. Kenapa setakat kata UMNO nak 'Jual' Kedah je. Kenapa tak kata Malaysia terus?

Kot kalau kita jadi pemimpin PAS pun, setakat orang nak bagi Negeri Kedah tu kecik sangat rasanya. Kenapa tak kata, lepas PRU nanti, UMNO akan serahkan pucuk pimpinan Malaysia kepada PAS?

Alang - alang kalau dah boleh buat perjanjian semudah itu, baik PAS mintak nak menguasai Putrajaya. Lagi puas hati dari setakat nak mintak Kedah, Kelantan dan Terengganu dari UMNO.

Tapi dek kerana spekulasi yang ditimbulkan, maka terpaksa la PAS tampil menafikan dakwaan dan spekulasi yang kononnya mengatakan parti itu ada buat perjanjian dengan UMNO.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, sepanjang beliau menjadi Presiden  PAS, perkara itu tidak pernah dibincangkan antara ke­dua-dua parti dan PAS hanya akan bertanding dalam PRU-14 untuk mendapatkan negeri-negeri ber­kenaan.
“Berita palsu (tentang penyerahan negeri-negeri itu). tidak ada perjanjian dan kita tidak pernah berbincang. PAS hanya akan bertanding (dalam PRU-14) untuk dapatkan negeri-negeri itu,” katanya selepas menyampaikan kuliah Zuhur di Ibu Pejabat Agung  PAS petang semalam.
Terdahulu, ada la seorang pemimpin tu buat dakwaan kononnya UMNO dan PAS dipercayai ada buat perjanjian nak membahagi negeri - ne­geri berkenaan di bawah pemerintahan PAS selepas PRU-14.

Dalam pada itu, mengulas mengenai tindakan Tun Mahathir bersekongkol dengan DAPigs bagi menjatuhkan Perdana Menteri, Presiden PAS berkata mereka jelas menolak cara sedemikian.

Katanya, walaupun parti itu berbeza pendapat dengan UMNO, PAS tetap mempunyai tujuan untuk membuat perubahan kepada Negara dan bukan hanya sekadar mahu menukar individu semata-mata.

Dalam pada itu, PAS juga katanya tidak akan menggunakan pengaruh DAPigs untuk mendapatkan sokongan ke atas sebarang gerakan bagi menjatuhkan mana - mana pemimpin,

Sebaliknya parti itu mempunyai cara penyelesaian mereka yang tersendiri untuk menyelesaikan masalah tersebut dan ianya telah diguna pakai sejak sekian lama parti itu ditubuhkan.

Maka kesimpulannya, jangan la kita mudah sangat terpengaruh dengan imaginasi kita sendiri. Kalau nak buat spekulasi atau pun dakwaan pun, biar la yang berpada - pada serta berlandaskan kepada kebenaran. Jangan buat spekulasi yang mem-BODOH-kan diri sendiri!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Mukhris kata macam tu.
    Kalau PAN pula, mereka akan cakap BN akan menyerahkan Mozambique kat PAS walaupun Mozambique bukan dalam Malaysia. Gang bahlul memangacam tu la. Itu sebab kena tipu dgn DAP.

    Kira mukhriz punya tuduhan ni ada class sikit la sebab Kedah bawah Malaysia.

    Itu sebab Mukhriz tak akan masuk PAN. Walaupun mike selfie menyerahkan jawatan King Khadam kpd MukhriZ

    BalasPadam
  2. Mat Sabu terlebih imaginasi hari tu sampai lempar lempar mikrofon. Mungkin berimaginasi jadi WWE undertaker.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping