Sabtu, Jun 04, 2016

Heh! Kesian! Nampak gayanya Si Rafizi dan puak PKR ni memang benar - benar nak menghina PAS bila ada dikalangan ahli parti itu desak pucuk pimpinan kaji semula kerjasama dengan PKR.

Dek kerana PAS enggan berundur dari pendirian dan keputusan yang telah dibuat pucuk pimpinan sebelum ini membuatkan PKR semakin tertekan dan Si Rafizi tu menjadi semakin terdesak.

Hanya kerana semata - mata PAS kekal berdegil mahu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai besar menyebabkan PKR merasa seperti mereka telah dikhianati.

Maka mungkin sebab itu Si Rafizi ni mengambil tindakan menjual dan mempergunakan nama Allahyarham Ustaz Fadhil Noor sebagai modal bahan jajaan kempen Politik Kotor mereka.

Kata Si Rafizi, Allahyarham Ustaz Fadhil Noor sebelum ini telah memberi sokongan penuh kepada penubuhan PKR dan memberi laluan penuh kepada parti itu untuk bertanding dikerusi mereka.
"Bukan sahaja menyokong, Allahyarham memberi laluan kepada PKR yang baru berumur 6 bulan bertanding di 59 kerusi parlimen dalam pilihanraya 1999; setara dengan kerusi ditandingi Pas (63 kerusi) dan DAP (46 kerusi). Pilihanraya Umum 1999 menyaksikan prestasi terbaik Pas dalam sejarah Malaysia," jelas Rafizi dalam satu kenyataan.
Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Rafizi tu seolah - olah satu Penghinaan yang cukup jelas terhadap keputusan yang telah dibuat oleh PAS berhubung isu kerusi di Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Sebagai rekod, sebelum ini PKR dikatakan telah berusaha untuk menjalankan rundingan dengan PAS dan mendesak parti itu agar memberikan laluan kepada calon PKR untuk bertanding.

Nak pulak bagi kawasan Parlimen Sungai Besar. Alasan yang diberikan oleh PKR pada ketika itu kepada PAS, mereka tidak mahu pertembungan tiga penjuru berlaku dalam PRK tersebut.

Namun malangnya, permintaan dan rayuan PKR itu bukan sahaja ditolak oleh pimpinan PAS. Bahkan parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu juga turut membantah cadangan yang telah dibuat.

Sekaligus ianya membuktikan ke-GAGAL-an PKR memainkan peranan sebagai 'Orang Tengah' dalam perbalahan yang berpanjangan diantara PAS dan parti KUALI Si Mat Sabu tu.

Apa yang jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Rafizi tu membuktikan bahawa PKR lebih cenderung menyokong rakan sekutu mereka dalam Pakatan iaitu parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu dengan menghina keputusan yang telah dibuat oleh PAS!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping