Sabtu, Ogos 27, 2016

Nampak gayanya, gerakan baru yang bakal dipimpin oleh bekas pemimpin UMNO ni semakin tidak mendapat sebarang sokongan dari penyokong - penyokong mereka sebelum ini.

Terdahulu, kita dah dengar cerita pasal Tan Sri Rafidah Aziz yang menegaskan bahawa dia tidak berminat mahu menyertai parti yang bakal ditubuhkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum itu, Bekas Naib Ketua Bahagian Bagan Serai juga telah menyatakan keengganan untuk turut serta dalam gerakan baru yang dikepalai oleh Bekas Timbalan Presiden UMNO itu.

Dan yang terbaru, kita dengar pulak kenyataan yang keluar dari mulut anak kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Ghaffar Baba yang menyatakan perkara yang sama.
Malah Tamrin yang pernah menjadi ahli PAS turut menarik diri dari menjadi salah seorang Sekretariat Gerakan Rakyat yang dipimpin oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir.

Kenyataan yang dibuat oleh Tamrin mendapat perhatian yang meluas dari rakyat dan mengumumkannya sebagai satu keputusan yang muktamad dan tidak akan diubah dalam masa terdekat.

Walaubagaimana pun, punca yang menyebabkan anak kepada Bekas Timbalan Perdana Menteri itu membuat keputusan sedemikian dan bertindak secara drastik itu tidak dapat dipastikan.

Apa yang pasti, tak ramai pemimpin yang mempunyai nama teruja untuk menyertai parti baru yang bakal ditubuhkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ni. Nak pulak apabila agendanya hanya untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories:

3 ulasan:

  1. Tak perlu bnyak parti. Yang sedia ada pun dah cukup utk memanaskan pentas politik tanah air.

    BalasPadam
  2. LAGI BANYAK LAGI MERIAH!KALU BULEH SETIAP NEGERI TUBOH SATU PARTI SENDIRI DAN SETIAP BEKAS PEMIMPIN UMNO YANG DIBUANG PATI TUBOH SATU PARTI BARU UNTOK ANAK ISTERI JADI PRESIDEN PARTI,PENDUDOK TETAP (PR)PUN PATUT TUBOH PARTI POLITIK UNTOK JAGA KOMUNITI MERIKA.

    BalasPadam
  3. Dah makan dedak ke pagi ini??? He he he

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping