Rabu, Ogos 17, 2016

Itu diantara gambaran yang diberikan oleh Bekas Pengarang Utusan Melayu, Zainuddin Maidin terhadap dua orang bekas pemimpin UMNO era Tun Dr. Mahathir melalui laman blognya.

Disamping mengakui dakwaan yang dibuat oleh Tun Musa Hitam yang sebelum ini mendedahkan punca dia melepaskan jawatan, Zainuddin turut menggambarkan sifat mereka.

Katanya, dizaman Tun Mahathir, dua orang pemimpin UMNO itu merupakan diantara mereka yang terlibat sebagai dalang perletakkan jawatan Tun Musa selaku Timbalan Perdana Menteri.

Gabungan diantara Anwar Ibrahim, Daim Zainuddin dan Sanusi Junid yang turut dilabelkan sebagai 'AIDS' telah menghasut Tun Mahathir meragui kepercayaan terhadap Tun Musa.

Walaubagaimana pun, selepas Tun Musa melepaskan jawatan, gabungan itu tidak kekal lama apabila Sanusi Junid telah berjaya diketepikan oleh Anwar yang menghasut Tun Mahathir.
"Akhirnya Sanusi berjaya diketepikan juga  oleh Anwar apabila  Mahathir bersetuju menghantarnya menjadi Menteri Besar Kedah yang mengacau kestabilan politik Kedah," jelas Zainuddin melalui laman blognya, ZAMKATA.
Namun, kata Zainuddin, Anwar jelas tak berapa suka dengan dia kerana keengganannya menyertai 'Media Trooper' yang diketuai oleh Ahmad Sibi dari Berita Harian pada ketika itu.

Malah, Zainuddin juga mengakui bahawa dia lebih senang dengan Tun Daim kerana sifatnya yang lebih mudah dan 'Simple' serta dianggap sebagai seorang pemimpin yang Pro Sosialis.

Malangnya, Zainuddin sama sekali tidak menyangka bahawa disebalik sifat mudah yang ditonjolkan oleh Tun Daim itu, dia juga merupakan seorang pemimpin Kapitalis yang Rakus dan Tamak.

Secara kesimpulannya, Bekas Pengarang Utusan Melayu itu menganggap tindakan Tun Mahathir membawa masuk Anwar Ibrahim dan Tun Daim ke dalam UMNO bukan merupakan satu langkah yang bijak, namun ianya satu perkara yang perlu dilakukan pada ketika itu.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping