Rabu, Ogos 17, 2016

Heh! Apa sangat la yang nak dibesarkan mengenai kenyataan dari pemimpin bawahan PKR ni. Bukannya dia dapat memberi sebarang impak pun terhadap segelintir pemimpin parti tu.

Sedangkan sebelum ini, penat Si Ketua Penipu tu keluarkan watikah secara panjang lebar dari Sungai Buloh Hq, memberi amaran dan peringatan terbuka kepada semua pemimpin PKR.

Tapi, takde sapa pun yang ambik peduli dengan amaran yang telah diberikan. Malah mereka yang terlibat secara lansung dilihat semakin bertambah 'Ghairah' menyokong gerakan Tun Mahathir.

Realitinya, keluarga kepada Si Ketua Penipu tu sehingga ke hari ini masih lagi menganggap Bekas Perdana Menteri itu sebagai seorang Diktator yang telah menzalimi mereka sekeluarga.

Maka atas sebab itu keluarga Si Ketua Penipu tu telah membuat pendirian untuk tidak melibatkan diri mereka secara lansung dengan sebarang gerakan yang diketuai oleh Tun Mahathir.

Dan dikala ada dikalangan mereka yang semakin bertambah teruja dengan Tun, lain pulak kenyataan yang dibuat oleh Ketua Cabang PKR Balik Pulau ni yang sependirian dengan Presiden parti.

Ketua Cabang PKR ni cuba mengingatkan semula kepada semua pemimpin PKR agar menolak kerjasama dengan parti baru yang bakal dinaungi oleh Tun Mahathir atas dasar prinsip Reformis.
“Namun dari segi prinsipnya untuk menjalinkan kerjasama dengan mana – mana parti atau pertubuhan sekalipun PKR seharusnya berpegang pada prinsip asas reformasi. Pertama parti ini sangat jelas perkauman dari UMNO itu sendiri.
“Parti ini membuka keahlian kepada semua kaum tetapi hanya Melayu sahaja boleh memegang jawatan atau mengundi. Adakah bukan melayu hanya layak menjadi tukang sorak?” soal Abdul Halim.
Menurutnya lagi, sekiranya Bersatu diterima untuk menyertai Pakatan Harapan atau sebagai rakan PKR, secara tidak langsung ia akan menggambarkan PKR turut mengiktiraf diskriminasi kaum dan seterusnya akan menjadi beban kepada parti itu khususnya ketika Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).
“Jika parti ini diterima dalam PH atau diterima sebagai rakan PKR maka ia memberi isyarat PKR mengiktiraf diskriminasi kaum dan ia bakal menjadi beban kepada kita khususnya bila berdepan pilihanraya, selama ini PKR diterima sangat baik di kawasan campuran tetapi dengan mengiktiraf parti perkauman ini pasti memberi kesan pada tapak sokongan PKR itu sendiri,” katanya.
Apa yang pasti, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Cabang PKR itu hanya sekadar satu kenyataan 'Orang Bawahan' yang sudah tentunya tidak akan dipedulikan oleh 'Orang Atasan'. 

Sebab ianya memang sudah menjadi amalan Politik PKR selama hari ini. Mana ada pemimpin bawahan boleh beri arahan kepada pemimpin atasan untuk membuat keputusan. Dalam erti kata mudahnya, Ketua Cabang ni hanya ibarat 'Hama' je dalam PKR!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping