Rabu, Ogos 24, 2016

Hahaha!!! Nampak gayanya usaha Si Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR tu nak 'Cabut Nyawa' musuh ketatnya dalam parti telah menemui ke-GAGAL-an yang mengaibkan.

Dengar katanya, usaha untuk membunuh keahlian Si Chagubard yang selama ini menjadi 'Duri Dalam Daging' kepimpinan Azmin selaku Menteri Besar Selangor tu gagal dilaksanakan.

Ianya ekoran kegagalan jawatankuasa Disiplin PKR mendapatkan jumlah undian sebanyak dua pertiga dari Ahli Jawatankuasa Biro Politik untuk memecat keahlian Si Chagubard tu dari parti.

Pendedahan mengenai perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh Si Chagubard yang mendakwa kegagalan itu secara automatik mengekalkan keahliannya didalam parti tersebut.
"Saya dimaklumkan oleh sahabat dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) ada usaha menggunakan Fasal Pekeliling MPP dengan menggunakan Fasal 41.7. Di mana dua pertiga daripada MPP bersetuju dan tandatangan untuk dipecat serta merta (tapi) dia (Azmin Ali) gagal dapat dua pertiga," katanya dalam sidang media hari ini.
Si Chagubard tu mendakwa usaha ini telah didalangi Timbalan Presiden PKR yang cuba mempengaruhi anggota MPP untuk menyokong usul itu dengan menggunakan Pekeliling Resolusi MPP.

Minggu lalu PKR mengesahkan parti itu akan mengadakan perbincangan bagi memutuskan status Chegubard yang agresif mendedahkan salah laku dalam kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin Ali.

Tindakan itu walaubagaimana pun didakwa mempunyai hubung kait dengan beberapa siri pendedahan yang dilakukan oleh Si Chagubard terhadap kepincangan Rejim Pakatan Selangor.

Katanya, pendedahan tersebut telah membuatkan Si Menteri Besar Selangor tu 'Kurang Senang' dan 'Panas Punggung' sehingga menyebabkan mereka terpaksa 'Membunuh' Si Chagubard tu dari parti agar tidak menyusahkan mereka dimasa akan datang!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Dia ni dapat maklumat daripada sahabat khayalan dalam mpp keadilan. Gebang lebih la lu. Tiada orang mahu mendengar, sebab itu kerja dia meroyan seperti orang tiada panduan. Semua pun tak betul. Nasib la dia ni bukan cikgu betul, jahanam minda pelajar.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping