Rabu, Ogos 24, 2016

Terbaik!!! Memang nampak sangat yang puak Pakatan Haprak ni jenis mereka yang selalu mengamalkan dasar Politik Hipokrit yang rela memalukan diri sendiri secara terang - terangan.

Asal ada je pemimpin atau pihak mereka yang melakukan penyelewengan dan ianya mendapat pendedahan secara terbuka, sudah pasti pihak yang terlibat akan dipaksa mendiamkan diri.

Jika sebelum ini, seluruh pimpinan DAPigs telah diarahkan supaya menutup mulut dan tidak membicarakan mengenai isu skandal rasuah yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kali ini giliran pemimpin dibawah Rejim Pakatan Selangor tu pulak diberi amaran agar tidak membuka mulut dan hanya mendiamkan diri berhubung isu status tanah Paya Indah Wetland.

Laporan yang disiarkan melalui laman media semalam mendedahkan tindakan seorang pegawai Khas kepada Exco Selangor agar tidak memperbesarkan isu berkenaan kepada wartawan.

Ketika ditanya mengenai isu tersebut, pegawai berkenaan enggan memberikan ulasan lanjut mengenai desakan yang telah dibuat sebelum ini dimana dia mendesak agar siasatan dilakukan.

Kata pegawai khas itu sendiri, dia telah mendapat arahan supaya tidak mengulas secara lanjut perkara berkenaan, namun tidak mahu mendedahkan pihak yang mengeluarkan arahan itu.  
"Saya tak boleh beri komen, saya dilarang untuk bercakap dengan media buat sementara waktu ini kerana ada konflik dengan tugasan. Saya tak boleh nak bagi tahu (siapa yang keluarkan arahan)," katanya ringkas kepada Antarapos.
Pegawai khas sebelum ini diakui merupakan kerani kepada Teng Chang Khim yang juga merupakan Exco Pelaburan, Perindustrian IKS serta Perdagangan dan Pengangkutan Selangor.

Jumaat lalu, melalui posting laman Facebooknya, Pegawai Khas itu mendakwa MMK telah membuat kesilapan ketika meluluskan pengezonan semula lot tanah 68054 milik Paya Indah Wetlands.

Jelas beliau, kesilapan MMKN adalah terlepas pandang bahawa lot tanah tersebut adalah sebahagian daripada milik Paya Indah Wetlands dan meminta agar SELCAT memanggil sidang khas bagi membincangkan 'kesilapan' itu.

Walaubagaimana pun, dakwaan itu mendapat kecaman dari beberapa pihak yang melihatnya sebagai satu bentuk serangan terhadap Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Azmin Ali.

Isu berkenaan mula didedahkan Penyelaras NGO Pro PKR tetapi telah dinafikan oleh Eli Wong yang menegaskan bahawa Rejim Pakatan Selangor tidak melakukan pelengkungan semula sebidang tanah pertanian di dalam kawasan Paya Indah Wetlands.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping