Khamis, Ogos 25, 2016

Tiada arahan pemberhentian kerja pembinaan dibuat kepada pemaju projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE) susulan kejadian rekahan tanah di sebuah tadika di Taman Kelab Ukay, Bukit Antarabangsa, Ampang, kata Azmin Ali.

Menteri Besar Selangor itu bagaimanapun berkata beliau telah mengarahkan pihak Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) supaya memantau perkembangan insiden berkenaan termasuk meneliti punca rekahan terbabit.
"Tak ada, you can't (beri arahan berhenti kerja pembinaan). You have to justify. Pihak berkuasa tempatan akan pantau perkara ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di sini, Rabu.
Selain itu,  mengulas mengenai kebimbangan orang ramai khususnya penduduk sekitar, Azmin memberi jaminan bahawa tindakan sewajarnya akan diambil jika pihak berkuasa mendapati wujud masalah susulan pembinaan EKVE.
"Projek itu mempunyai syarat kelulusan cukup ketat. Pemaju memenuhi syarat yang ditetapkan MPAJ.
"Jadi kalau ada isu, MPAJ akan pantau secara terpeinci bersama-sama Ikram (Institut Kerja Raya Malaysia), Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Alam Sekitar. Kalau ada masalah kita akan ambil tindakan," katanya.
Penduduk di Taman Kelab Ukay melahirkan rasa kebimbangan mereka terhadap kemungkinan tanah runtuh di kawasan kejiranan mereka akibat kerja - kerja pembinaan EKVE.

Ini susulan laporan bahawa kira - kira 50 kanak - kanak pra-sekolah dari tadika Q-Dees berhadapan dengan bahaya dan terpaksa berpindah selepas rekahan muncul di taman permainan mereka pada Ahad lalu.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping