Khamis, Ogos 25, 2016

PAS terus bertegas untuk tidak memberi laluan kepada mana-mana parti yang mahu meminta kerusi mereka untuk bertanding di Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang, demikian kata Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad.

Ujarnya, parti itu menyambut baik prinsip lawan satu untuk berdepan dengan Barisan Nasional (BN), namun tidak mahu parti lain 'mengacau' kerusi tradisi yang mereka tandingi sebelum ini.
"Kita (PAS) belum lagi di tahap untuk mengadakan perbincangan dengan Amanah tapi daripada segi, satu lawan satu kita tidak ada masalah. Tapi janganlah kacau kerusi PAS dan PAS tidak akan kacau kerusi orang lain. 
"Kita (PAS) bertindak tegas bahawa kita tidak akan melepaskan mana-mana kerusi kita kepada BERSATU dan juga kepada PAN (Amanah)," katanya kepada Antarapos.
Malah beliau mengingatkan PAN untuk tidak berebut kerusi dengan parti itu kerana mereka telah pun merampas empat kerusi PAS. Antara kerusi itu adalah Hulu Klang, Kota Raja, Shah Alam dan Sepang.

Iskandar berkata demikian merujuk kenyataan Presiden Parti Pribumi Tan Sri Muhyiddin Yassin, bahawa parti itu kini mengintai beberapa kerusi milik PAS dan PKR untuk ditandingi pada PRU14 akan datang.

Tegasnya lagi, PAS tidak akan teragak - agak untuk bertanding di kerusi - kerusi yang milik oleh pembangkang yang lain jika meneruskan niat untuk meletakkan calon di kawasan parti itu.
"Kita (PAS) boleh bertanding di kerusi kita dan tidak akan bertanding di kerusi lain sebab dari segi jentera PAS kita berkemampuan untuk bertanding lebih. Sekarang PAS bertanding di 20 kerusi DUN (Selangor) dan 6 kerusi parlimen (Selangor) dan kita berupaya untuk bertanding lebih daripada itu. 
"Kita ada jentera hampir di setiap kawasan sebab kita ada struktur di peringkat akar umbi yang kuat. Kita boleh bertanding di semua kerusi kalau kita nak, tapi berdasarkan kepada PRK Sungai Besar perlu ada satu lawan satu," ujar Iskandar.
Semalam Pengarah Strategik Amanah Khalid Samad berkata PAS perlu bersedia melepaskan beberapa kerusi miliknya kepada BERSATU dan Amanah pada pilihan raya akan datang.

Jelas Khalid, langkah itu penting  bagi menyaksikan perlawanan satu lawan satu dan menjamin kemenangan dikesemua kerusi yang bakal ditandingi oleh Pakatan Harapan (PH), PAS dan PPBM, sekaligus menjatuhkan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN).
Categories: , ,

6 ulasan:

  1. PBBM sebenarnya tidak pelupun menangih kerusi daripan Pas Pan dan jug Pkr jika mereka berdiri diatas kaki sendiri tanpa bersekongkol dengan Dap. Parti baru ni mempunyai kekuatan tersendiri dalam menarik undi daripada penyokong Umno dan juga pengundi atas pagar. Memang Umno dimata kasar nampak macam masih ramai pengikut tetapi itu hanya yg kita lihat dikalangan ketua2 bahagian yg kebanyakannya pelahap kuasa dan wang ringgit. Dikalangan akar umbi mereka kehilangan banyak pengaruh. Persoalannya mampukah Umno menyogok sekampit beras dan gula sebagaimana mereka lakukan diprk Sg Besar dan K Kangsar ketika PRU nanti. Mungkin penyokong warga emas masih setia kepada Umno lagi.Ini adalah berdasarkan kepada mereka masih lagi bergantung kepada media arus perdana tetapi untuk generasi muda mereka lebih bergantung kepada liputan berita media digital. Cyber tropers Umno pula nampaknya masih lemah untuk menangani isu2 yg diketengahkan dimedia sosial. Setakat memaki hamun puak yg menyokong Tun M tidak memberi kelebihan kepada Umno malah lebih memburukan keadaan. Hakikatnya apa yg diluahkan oleh Tun amat sukar untuk ditangkis kerana ianya berdasarkan fakta. Adalah amat malang sekali untuk Umno yg selama ini mendokong aspirasi memperjuangkan nasib orang melayu berkubur akibat kerakusan pemimpin. Lambat laun semuanya kan terbongkar jua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. komen nk sedapkan hati puak2 yg suka sentap. lgpun komen ni lari dr artikel sebenar hehe

      Padam
    2. i love UMNO bro..sampai hujung nyawa

      Padam
    3. Parti the store mgkin boleh menang dgn menyogok mana2 bakal yb yg menang masa pru14 nanti krn dana mrk cukup besar.Itu satu kemungkinan.
      Bukan tak tahu sikap ketum parti tersebut akan berusaha apa sahaja asal nafsu tuanya tercapai.
      Dia tuduh org itu ini tapi dia sendiri lebih teruk membedal wang rakyat ketika berkuasa.Sial!!!

      Padam
  2. Pan tak payah brtanding la...bgi abg besar je yg tanding.

    BalasPadam
  3. dah lama dah....dah kaya dah.....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping