Jumaat, Ogos 05, 2016

Memendekkan sidang DUN yang sepatutnya, dua minggu kepada dua hari memperlihatkan seperti Menteri Besar Selangor cuba menyembunyikan sesuatu agar tidak diketahui rakyat negeri itu.

ADUN BN Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz melahirkan kehairanan kenapa Rejim Pakatan menangguhkan sidang DUN kepada dua hari sahaja, sedangkan banyak perkara yang perlu dibahas.
“Mungkin terlampau banyak isu dalaman, saya lihat dalam masa sidang DUN dua hari itu pun ADUN-ADUN mereka (sendiri) mengambil kesempatan menegur dan menasihat Menteri Besar (Azmin Ali) supaya menambah baik cara tadbir urus kerajaan negeri.
“Saya lihat (teguran itu) menampakkan (lagi kesilapan) tadbir urus kerajaan negeri, apabila ADUN mereka sendiri menegur dalam Dewan secara terbuka.
“Mereka lihat isu dalaman cukup banyak. Isu dalaman, isu dalaman lah tapi isu rakyat (sepatutnya) harus diutamakan,” katanya ketika dihubungi Selangor Post.
Jelasnya Johan, mutakhir ini, semakin ramai ADUN-ADUN dari kalangan Pakatan sendiri yang mula mencurigai cara tadbir urus dibawah kepimpinan Azmin selaku Menteri Besar Selangor.
“Cara tadbir urus (Azmin), bukan lagi di kalangan pembangkang, (tetapi) sudah (wujud unsur) hilang kepercayaan di kalangan ADUN mereka (sendiri).
“Kalau ADUN-ADUN Pakatan Rakyat (pun) mula mempertikaikan tadbir urus kerajaan negeri, itu sudah menampakkan (secara jelas bahawa berlakunya) kepincangan tadbir urus (pimpinan Azmin),” katanya lagi.
Jika sebelum ini, laporan media banyak mendedahkan mengenai kepincangan pentadbiran Azmin kepada umum. Diantaranya ialah mengenai penyelewengan Dana Rakyat yang tidak terkawal.

Ianya termasuk perbelanjaan luar biasa untuk memperbaiki pintu gerbang, bumbung masjid dan dana DEIG yang masih belum dapat dijelaskan kepada rakyat secara menyeluruh.

Kemudian timbul pula isu mengenai Rasuah Betina yang didedahkan oleh Rafizi yang sehingga hari ini masih belum selesai disiasat oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pokok pangkalnya, pentadbiran Rejim Pakatan Selangor dibawah kepimpinan Azmin memperlihatkan lebih banyak kepincangan yang berlaku. Dalam erti kata lainnya, rakyat Selangor hari ni ibarat seperti, "Keluar Dari Mulut Buaya Masuk Mulut Naga"!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Dah mula banyak salah urus tadbir macam umno dulu...

    BalasPadam
  2. OFFICE BOY DILANTIK JADI MB TETAP BERMETALITI O/BOY.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping