Selasa, Ogos 16, 2016

Beginilah keadaannya dunia pada hari ini apabila kebenaran itu mula menjadi satu perkara yang sangat susah untuk ditentukan dengan hanya menggunakan akal dan fikiran yang waras.

Boleh dikatakan hampir setiap hari, apa sahaja perkhabaran yang diterima dalam media hari ini hanya dihidangkan dengan kesangsian sama ada apa yang dilaporkan itu betul atau tidak.

Dan bertambah malang apabila kebenaran itu tidak lagi dapat dibuktikan melalui tindakan mahkamah kerana apa sahaja keputusan yang dibuat oleh mahkamah itu akan didakwa 'Berat Sebelah'.

Jadi, cara apa lagi yang dapat digunakan untuk menentukan kebenaran itu jika kebiasaannya berita yang didengari itu meninggalkan kesangsian serta menimbulkan persoalan?

Kalau sebelum ini, pendedahan yang dibuat oleh Tun Musa Hitam terhadap Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamed membangkitkan pelbagai pertikaian dikalangan rakyat.

Maka tak silap jika kali ini, perkara yang sama juga berlaku apabila Bekas Pegawai Khas merangkap Bekas Setiausaha UMNO Kedah membuat pendedahan terbuka terhadap anaknya pula.

Kata Bekas Setiausaha UMNO Kedah itu, cita - cita Mukhriz mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia secara 'Fast Track' menjadi diantara punca dia menentang pentadbiran Datuk Seri Najib hari ini.
"Perjuangan Datuk Seri Mukhriz Mahathir adalah untuk mencapai cita-citanya menjadi perdana menteri secara 'fast track'.
"Saya adalah antara anggota jentera kempen Mukhriz bagi jawatan Naib Presiden UMNO pada 2013. Ramai di antara kami berfikir elok bagi beliau bertanding untuk Ahli Majlis Tertinggi kerana kalah dalam pertandingan Ketua Pemuda pada 2009," katanya pada persidangan berita di Pokok Sena kira-kira 20 km dari sini, hari ini. 
"Apabila Mukhriz kalah dalam pertandingan jawatan Naib Presiden, mereka salahkan Perdana Menteri (Najib)," tambahnya.
Maka persoalannya sekarang, sejauh mana kebenaran didalam dakwaan yang telah dibuat oleh Bekas Setiausaha UMNO Kedah itu terhadap anak Tun Dr. Mahathir ini? Adakah ianya benar?

ATAU, ianya hanya sekadar mainan Politik mereka semata - mata? Jika ianya tidak benar dan perlu dianggap sebagai fitnah semata - mata, ada penafian dari pihak yang dituduh mencukupi? Berani tak Mukhriz Mahathir ambik tindakan yang sewajarnya???
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Mahdey ingat setiap perancangannya 100% berjaya spt suatu ketika dulu.Dulu kuasa di tangan dia dan sesiapa yg berani melawan gerenti tersungkur.
    Kadang2...doa org yg pernah dianiaya oleh dia dpt kita lihat skrg.Ada yg dihina..difitnah..dicerca demi kuasa dunia yg tak akan kekal lama.Mgkin dia didoakan pjg umur utk melhat kekhilafan dan kehinaan diri sendiri akibat dosa2 lalu.Kepada pemakan dedak puak pakaTun...nasihatilah dia agar kembali kpd ajaran yg benar.Tiada apa yg dia nak kejar lagi ketika nyawa dihujung usia.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping