Rabu, Ogos 17, 2016

Memang tak syak lagi. Orang macam ni la yang layak digelarkan sebagai 'Musang Berbulu Ayam'. Lepas dah kantoi, banyak pulak alasan dia nak salahkan orang lain yang buat laporan.

Dengar katanya, Pengerusi Badan Bertindak Pemerhati Jenayah (MyWatch) hari ini sekali lagi menghadapi pendakwaan di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melakukan peras ugut.

Sanjeevan, 32, yang memakai kemeja petak berwarna putih mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas ia dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.

Sanjeevan didakwa melakukan pemerasan bagi mendatangkan ketakutan terhadap Mohamad Azhan Hamza, 32, di Restoran Marakesh, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, di sini pada 9 malam, 22 Mei lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu, jika sabit kesalahan.

Peguam Ravin Jay yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan jaminan dengan alasan anak guamnya yang sebelum ini didakwa atas tiga pertuduhan di mahkamah Negeri Sembilan dan Pahang dibenarkan diikat jamin.
“Semua kes ini diberikan jaminan, beliau telah membayar jumlah jaminan RM21,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan sebelum ini,” katanya.
Ahmad Solihin walaubagaimana pun telah membenarkan Sanjeevan diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh 8 September untuk sebutan semula kes.

Sanjeevan juga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret Seremban, Negeri Sembilan atas dua petuduhan iaitu menggaji warga asing tanpa pas dan memeras ugut pada 19 Julai lepas.
Categories:

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping