Jumaat, Ogos 19, 2016

Hehehe!!! IRONIK kan Politik Pakatan Haprak ni? Kalau sebelum ni, bukan main lagi diorang hentam UMNO dan mendakwa kononnya parti tu cuba nak sembunyikan kebenaran.

Masa tu, bukan kepalang diorang kecam keputusan untuk memecat dan menggantung keahlian beberapa orang pemimpin UMNO yang sejak sekian lamanya memburukkan parti secara terbuka.

Mendakwa kononnya UMNO cuba tutup kesalahan dan kelemahan yang telah didedahkan oleh mereka yang terlibat merupakan diantara alasan yang cukup hebat dihujung bibir mereka.

Jika dilihat dari satu sudut, tindakan PKR melemparkan dakwaan sedemikian adalah dengan niat mahu memberikan gambaran KONONnya UMNO tidak meraikan ketelusan dalam parti.

Tapi bila dah kena batang hidung sendiri, perkara yang sama jugak diorang buat terhadap ahli parti yang mendedahkan kepincangan pemimpin tertinggi secara terbuka didalam media.

Jika sebelum ini, PKR dah ambik tindakan terhadap Si Chagubard ni dengan menggantung keahliannya kerana mendedahkan kepincangan serta penyelewengan dalam pemilihan parti.

Kali ini, Si Chagubard tu dikatakan bakal berhadapan dengan tindakan disiplin yang lebih keras apabila Jawatankuasa Disiplin PKR bercadang mahu memecat terus keahlian partinya.

Dengar kata, Si Chagubard tu akan dipecat dari parti gara - gara tindakannya yang suka membongkar rahsia dan mendedahkan penyelewengan Rejim Pakatan Selangor pimpinan Azmin.

Antara lain, Pengasas kepada NGO Pro PKR, SAMM itu pernah tampil dengan pendedahan mengenai penyelewengan berbillion Dana Rakyat melalui Darul Ehsan Incorporated Group (DEIG).

Kemudian, Si Chagubard tu juga pernah membangkitkan isu mengenai penyalahan guna kuasa serta pembaziran duit rakyat yang melibatkan projek - projek berkaitan Rejim Pakatan Selangor.

Dan yang terbaru, Si Chagubard tu juga dilihat secara berterusan mempersoalkan mengenai status tanah Paya Indah Wetland yang didakwa telah diubah secara senyap oleh Rejim Azmin.

Bertambah memburukkan lagi keadaan ialah apabila Si Chagubard tu mahu mengambil keputusan untuk memfailkan laporan kepada pihak berkuasa mengenai isu yang telah dibangkitkan.

Maka atas dasar itu PKR mengambil keputusan untuk memecat keahlian Si Chagubard ni kerana menganggap dakwaan yang dibangkitkan hanya merosakkan reputasi pimpinan parti.

Sekiranya, jika benar PKR ingin mengambil tindakan dan membuat keputusan sedemikian, takde la bezanya mereka dengan UMNO seperti yang dituduh selama ini. Pokok pangkalnya, takde la PKR tu 'Maksum' sangat seperti yang cuba digambarkan selama hari ini!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Buatlah apa yg patut...rakyat macam mana.

    BalasPadam
  2. RAKYAT MACAM BIASALA KENA KAIS SENDIRI UNTOK CARI MAKAN,MANA ADA DALAM DONIA KERAJAAN TANGGONG MAKAN PAKAI RAKYAK.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hanya di Malaysia kerajaan bagi duit kat rakyat melalui BR1M. Media kata UK mungkin jadi negara yg akan mencontohinya.

      Padam
  3. Semoga rakyat tak tertipu lgi dgn pemimpin yg pentingkan kedudukan.

    BalasPadam
  4. Orang2 Selangor.yerutama yg mengangkat abg min jadi ketua...mintale brim dr dia..dia dah kaya raya brim tu apalah sgt..kan bang min.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping