Jumaat, Ogos 19, 2016

Aduhai!!! Apa la yang tersemat dalam benak kepala Si Puteri Reformasi ni ek. Dia ingat, semudah itu ke dia boleh nak mengelirukan rakyat dengan kenyataan yang telah dibuat sebelum ini?

Mungkin bagi Si Nurul Izzah, rakyat di Malaysia ni senang sangat nak diperbodohkan dengan sentimen Politik Longkang yang sering diamalkan oleh puak Pakatan Haprak tu gamaknya.

Dari kenyataan yang dibuat semalam pun, dah nampak sangat yang Si Nurul Izzah tu tak berapa ikhlas nak memberi laluan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerusi Ketua Pembangkang.

Nak pulak dalam keadaan sekarang dimana kerusi tu disandang oleh ibunya sendiri. Takkan sewenang - wenangnya Si Nurul Izzah tu nak suruh ibu dia melepaskan jawatan tersebut sesuka hati?

Maka sebab itu kita dapat lihat dalam kenyataan yang dibuat semalam, Si Nurul Izzah ni seolah - olah memberikan 'Syarat Utama' bagi sesiapa sahaja yang nak merampas kerusi tersebut.

Kata Si Nurul Izzah, jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen itu boleh diserahkan kepada sesiapa sahaja, asalkan mereka memenuhi segala kehendak serta kemahuan Politik Pakatan Haprak tu.

Namun, Si Nurul Izzah tu cuba juga nak berselindung disebalik slogan 'Reformasi' dimana dia meletakkannya sebagai 'Pra Syarat' bagi mana - mana pihak yang berkehendakkan kerusi tersebut.
"Jika mereka tidak komited dengan reformasi, maka kita akan menukar pimpinan secara nama daripada seorang individu kepada individu lain. Ini isu kerjasama, ia bergantung kepada jumlah kerusi dimenangi, itu normal.
"Kita kena ingat semasa DAP memenangi kerusi yang banyak majoriti pun, mereka mencadangkan jawatan ketua pembangkang dipegang Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya dipetik daripada Sinar Harian.
Dari kenyataan itu, maka jelas bahawa anak kepada Si Ketua Penipu tu tak ikhlas nak menawarkan jawatan Ketua Pembangkang tu kepada orang lain. Terutama kepada pemimpin yang dilabelkan Pro Tun Mahathir yang masih dianggap sebagai Diktator!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. No respect for Nurul Izzah, jadi MP pun disebabkan papa dia, BUKAN kebolehan dia sendiri. Kalau tidak,sekarang ini dia hanya seorang executive biasa2. Kalau dari performance dlm syarikat mungkin tak sampai ke mana, GM pun tidak, CEO jauh sekali.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping