Rabu, Ogos 24, 2016

Marina Mahathir puteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap perbuatan menyinggung Islam bukan merupakan satu perbuatan jenayah.

Penegasan itu dibuat ketika Marina mempertahankan tindakan yang diambil terhadap rapper kontroversi, Namewee yang telah ditahan polis atas dakwaan menghina Islam.
“Ia tidak sepatutnya diperlakukan begitu. Pihak berkuasa perlu melihat video dengan betul dan mengetahui apa yang undang-undang yang diingkari. Hanya kerana orang (umat Islam) yang tersinggung, ia tidak bermakna bahawa ia adalah satu jenayah,” katanya kepada FMT.
Namewee, 33 tahun, atau nama sebenarnya Wee Meng Chee, ditahan polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Ahad dan telah ditahan reman selama empat hari.

Dalam video lagu bertajuk “Oh My God,” Namewee dan beberapa individu lain dikecam umat Islam apabila aksi mereka menyanyi rap dan menari dalam sebuah masjid di Pulau Pinang.

Marina merasakan tindakan polis nenahan Namewee itu adalah melampau dan mungkin didorong untuk menyenangkan hati sekumpulan umat Islam yang sensitif.
“Kita tidak boleh terus tunduk kepada orang-orang yang menghabiskan sebahagian besar masa mereka yang tersinggung. Saya rasa agak tersinggung bila mereka tersinggung,” katanya secara berjenaka.
Sementara itu, facebooker Neezam Perkasa menganggap Marina tiada mempunyai locus standy untuk bercakap soal agama.
“Kenapa begini sekali kamu memandang agama Islam kita? Sudah sempurnakah iman dalam diri kamu. Jika tidak tahu apa ajaran Islam itu sendiri, pergilah belajar balik. Jangan membuat statement yang menjatuhkan maruah bapa kamu,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, jika selepas ini orang mempersenda atau menghina Islam secara terbuka pun, umat Islam jangan mudah sentap. Kot kalau Si Marina ni sendiri pun, kalau ada orang hina atau mempersendakan dia secara terbuka, jangan dia cepat tersinggung juga!!!
Categories:

6 ulasan:

  1. Jika kita kata To' Pekong pun kena tipu makan buah plastik ada orang marah tak?

    Jika tak ada orang marah elok Marina ni buat kenyataan terbuka bahawa ada kaum yang sanggup tipu tuhan mereka dengan memberi habuan buah plastik.

    BalasPadam
  2. MARINA M...siapa yg sepatutnya belajar ttg Islam, kamu ke kami..cermin diri kamu dulu sblm nak nasihat org...kamu sepatutnya BERTAUBAT..cakap dan tingkah laku kami tidak seperti kamu memahami Islam...elokle kamu shake hand dgn zeti akhtar tu...satu kepala...kebebasan bersuara kamu jgn sampai ke arah kamu menjadi spesis MUNAFIK....BERTAUBATlah sblm putus nyawa...byk berkwn dgn kafir tak semestinya kamu boleh sewewang2nya kondem Islam....lagi sekali..BERTAUBATLAH SBLM PUTUS NYAWA.

    BalasPadam
  3. Ulasan tu ditujukan kepada pada Boboy and PAPA dia kot...heheheh!

    BalasPadam
  4. Pemikiran liberal mana kira kesucian agama. Nafsu jadi keutamaan.

    BalasPadam
  5. Tak pernah tenguk komen Marina ni membela Melayu/Islam. Dia ni bangsa dan agama apa yek agaknya?

    BalasPadam
  6. Tengok muka dia pun dah tau perangai macam mana dahulu ada proverb yang berbunyi dont judge the book by its cover,sekarang dah tak payah tengok muka pun dah tahu hala tuju kemana,itulah mewah sangat mahathir bela anak2nya.Cari publisiti biar bertempat cari lah issue rumah kediaman, kedai orang2 melayu yang dimusnahkan di PENANG,jangan pejam mata pula awat takut putus kawan dengan oang cina ka.ORANG MELAYU BUKAN BODOHLAH MARINA.Kalau nak bersuara biarlah bertempat PENANG tu dah nak jadi Palestine pun tak tau ka?Bangun pagi CERMIN diri bawak mengucap banyak2 .

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping