Sabtu, Ogos 20, 2016

Diantara Barisan Para Penganut Tegar Kitab Rewcastle...
Tak pasti la sama ada gambar diatas ni betul atau pun ianya telah di-"Super Impose"-kan oleh pihak tertentu. Tapi apa yang pasti, nampak jelas kelibat pemimpin PKR dalam gambar tu.

Kalau tengok gambar diatas, nampak sangat 'Keterujaan' pemimpin PKR tu bila dapat berjumpa dengan pengasas kitab Rewcastle tu. Bukan main meleret lagi senyuman yang dilemparkan.

Tapi yang herannya, bila Kitab Ajaib Rewcastle tu menabur fitnah terhadap PAS yang mendakwa parti itu menerima rasuah sebanyak RM 90juta, mereka yang ada dalam gambar tu hanya mendiamkan diri.

Jika sebelum ini, pengasas ajaran Mazhab Rewcastle yang membuat dakwaan tu sendiri mengakui bahawa fitnah itu dilemparkan terhadap PAS berdasarkan kepada 'Kecurigaan Meluas'.

Dalam erti kata lainnya, pengasas kitab ajaib Rewcastle itu mengaku yang dia sengaja menabur fitnah terhadap PAS berdasarkan kepada dakwaan tanpa sebarang bukti dan fakta yang sahih.

IRONIKnya, dikala PKR cuba nak memancing sokongan dan mahu meneruskan hubungan "Cinta Tiga Segi" dengan PAS itu, para pemimpin parti itu dilihat hanya sekadar mendiamkan diri.

Kenapa orang yang jelas terpampang dalam gambar diatas tidak mengecam tindakan pengasas kitab ajaib Rewcastle itu demi menjaga hubungan Politik yang mahu dikekalkan dengan PAS?

Jika dilihat dari satu sudut, pimpinan tertinggi PKR hanya membiarkan PAS bersendirian apabila berhadapan dengan tuduhan fitnah yang dilemparkan oleh pengasas Kitab Rewcastle itu.

Ke mana hilangnya suara individu yang ada dalam gambar diatas? Kenapa dia tidak membela PAS yang masih dianggap sebagai "Rakan Sekutu" PKR di Selangor dari fitnah yang dilemparkan?

Mungkin individu yang ada diatas tu dah terlalu 'Taksub' menjadi penganut mazhab Rewcastle sehingga dia terpaksa membiarkan PAS terkontang - kanting menghadapi serangan secara terbuka. Itulah nilai 'Setiakawan' yang menjadi amalan PKR sebenarnya!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping