Selasa, Ogos 23, 2016

Kemelut skandal tanah Paya Indah Wetlands semakin memuncak apabila Jawatankuasa SELCAT dilihat seolah-olah cuba melindungi kepentingan pihak tertentu dengan tidak memberi ruang kepada pendengaran awam atas pelbagai alasan.

Ahli Jawatankuasanya sebelum ini secara peribadi menolak usul dibawa Pegawai Khas salah seorang Exco Selangor bersabit skandal itu atas alasan tuduhan tersebut tidak berasas dan kononnya aduan itu tidak mewakili mana-mana pihak.


Malah wakil dari Rejim Pakatan Selangor itu juga turut mempertikaikan kredibiliti Razak yang didakwanya hanya sekadar seorang kerani yang bertugas di pejabat wakil DAPigs itu sahaja.

Seorang lagi Ahli Jawatankuasa SELCAT turut beranggapan bahawa aduan itu tidak perlu diberi perhatian atas alasan isu penukaran status tanah Paya Indah Wetlands telah dijelaskan dan tuduhan dalam isu berkenaan adalah fitnah.

Sehubung dengan itu, Ahli Jawatankuasa itu juga beranggapan bahawa tidak ada keperluan untuk SELCAT melayan aduan yang telah itu walaupun ianya ada kepentingan secara umum.

Persoalannya, jika benar dakwaan yang dibuat terhadap isu status tanah Paya Indah Wetlands itu adalah fitnah, kenapa pihak Rejim Pakatan Selangor tak berani nak ambik tindakan?

Kenapa sebaliknya, mereka (seperti yang dikatakan oleh Si Menteri Besar Selangor tu sebelum ini), hanya pandai menjerit dalam laman media tanpa mengambil sebarang tindakan yang sewajarnya?

Takkan diorang tak sedar, dek kerana diorang takut nak ambik tindakan dan mengheret pihak yang terbabit ke mahkamah itu yang mula membuatkan rakyat merasa curiga serta mendakwa ada percubaan nak sembunyikan 'Kurap' pihak yang terlibat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping