Rabu, Ogos 24, 2016

Kronisme dan Nepotisme. Itu dua perkara yang pernah dibangkitkan oleh Si Azmin tu sebaik sahaja selesai Pilihan Raya Umum yang lalu. Perkara itu didakwa merujuk kepada keluarga Si Ketua Penipu tu.

Nak pulak sewaktu pemilihan parti PKR mahu diadakan sebelum ini. Slogan menentang kronisme dan nepotisme itu menjadi antara bahan jajaan kem Azmin sewaktu mereka berkempen.

Tapi bila dia dah dapat pegang, jadi Menteri Besar Selangor, benda yang sama juga dilakukan oleh Si Azmin ni. Dia pulak yang terlibat mengamalkan dasar kronisme dan nepotisme ni.

Atas dasar itu pelbagai penyelewengan serta salah laku dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor tu didedahkan kepada umum secara terbuka. Semuanya kerana amalan kronisme yang semakin berleluasa.

Maka sebab itu Pengasas NGO Pro PKRtu kata yang dia akan mendedahkan nama dan maklumat peribadi seorang 'proksi' yang dikatakan rapat dengan Si Menteri Besar Selangor.

Menurut Si Chagubard tu, pendedahan itu adalah berkaitan dengan dokumen berhubung skandal salah guna kuasa terhadap isu penukaran status tanah di Lot 68054 Paya Indah Wetlands.

Antara bukti yang akan dikemukakan adalah dokumen yang dihantar kepada penjawat awam oleh proksi yang didakwa rapat dengan Azmin serta butiran mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor.
"Wujud dokumen yang dihantar kepada penjawat awam oleh ‘proksi’ ini dengan tercatat hubungan beliau dengan Menteri Besar. Maka inilah mungkin menjelaskan tindakan kenapa pegawai–pegawai kerajaan yang sama menolak pertukaran status sebelum ini tetapi tiba–tiba mengubah pendirian.
"Ditemui juga bukti butiran mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang seharusnya bersifat rahsia bocor kepada pemaju melalui proksi ini.
"Mesyuarat terakhir menukar status tersebut dipengerusikan oleh Azmin yang diyakini secara sedar tahu kewujudan ‘proksi’ dalam pemaju," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.
Dalam pendedahan yang bakal dibuat Chegubard, beliau akan mengemukakan bukti berkaitan salah laku berkenaan, fakta dan kronologi kepada Suruhanja Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Serangan demi serangan melibatkan Azmin dan Chagubard berterusan apabila Azmin menyindir Chagubard yang dakwanya suka 'menjerit' kepada media bagi mengkritik kerajaan negeri pimpinannya.

Kata Azmin mana-mana pihak yang mempunyai bukti berkait salah ubah status tanah di kawasan tadahan air itu, perlu menyerahkannya kepada pihak berkuasa dan bukannya menggunakan media untuk melontarkan kritikan.

Namun malangnya, Si Menteri Besar tu sendiri pun hanya sekadar pandai 'Menjerit' kepada pihak media, tapi TAKUT nak ambik tindakan yang sewajarnya. Mungkin sebab dia takut kerandut dia akan semakin kecut jika kes tu dibawa ke mahkamah!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping