Khamis, Ogos 18, 2016

Aduhai!!! Malunya la. Kalau bercakap bukan main lagi berdegar - degar kononnya diorang bersedia nak menghadapi semua dugaan yang bakal mendatang. Tapi rupanya, dah basah dalam kain?

Tu baru SPR bagi cadangan nak buat persempadanan semula, dah Si Nurul Izzah ni kecoh tak tentu arah buat dakwaan yang bukan - bukan. Takkan cadangan itu pun boleh buat dia Kecut Perut?

Belum pun cadangan itu dilaksanakan, Si Nurul Izzah ni dah membuat dakwaan serta andaian secara terbuka kononnya pihak SPR ni cuba nak merosakkan sistem demokrasi Negara.

Padahal, jika dilihat dari satu sudut, persempadanan semula yang dicadangkan oleh pihak SPR tu bakal memberikan kelebihan kepada semua pihak, termasuk dikalangan Pakatan Haprak tu.

Sekiranya SPR melaksanakan cadangan persempadanan semula itu, bermakna jumlah kerusi yang akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang bakal bertambah.

Dalam erti kata lainnya, jika bilangan kerusi, sama ada Parlimen atau DUN bertambah, maka peluang untuk Pakatan Haprak tu nak dapat banyak kerusi pun akan semakin meningkat.

Jadi, apa masalahnya yang membuatkan Si Nurul Izzah tu ketakutan macam orang hilang akal terhadap cadangan SPR tu sehingga menyebabkan dia membuat andaian yang bukan - bukan?

Dalam kenyataan yang dibuat sebelum ini, Si Nurul Izzah tu mendakwa pihak SPR sepatutnya menjadi sebuah badan bebas yang menjaga kedaulatan sistem demokrasi Negara.
"Kami akan bantah sehinggalah mereka melaksanakan beberapa cadangan yang telah diajukan oleh Jawatankuasa Parlimen Reformasi Pilihan raya pada tahun 2012.
"Jawatankuasa parlimen ini telah menyarankan penubuhan tiga suruhanjaya bebas yang berbeza - bertanggungjawab menguruskan pilihan raya, pemutihan daftar pemilih dan menyemak semula kawasan pilihan raya," ujar beliau lagi.
Persoalannya, takkan la orang nak bagi peluang diorang dapat lebih banyak kerusi pun Si Nurul Izzah ni nak bantah? ATAU, mungkin dia TAKUT, bila dah banyak kerusi nanti, puak Pakatan Haprak tu pulak yang akan beramuk sesama sendiri sebab berebut kerusi!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Nurul Izzah ni tak ada apa2 kelebihan pun. Dia jadi MP pun sebab papa dia. Kalau tak disebabkan papa dia mungkin sekarang ni dia seorang executive biasa je kat mana2 syarikat. No respect to her.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping