Selasa, Ogos 23, 2016

Pengarah Strategik PAN, Khalid Samad berpendapat, PAS perlu bersedia melepaskan beberapa kerusi miliknya kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan PAN pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang.

Menurutnya, ia penting bagi menyaksikan kemenangan dikesemua kerusi yang bakal ditandingi oleh Pakatan Harapan (PH), PAS dan PPBM, sekaligus menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Samada PAS sanggup atau tidak itu saya tidak boleh jawab, tapi bagi pandangan saya ia merupakan satu kewajipan untuk PAS bersedia untuk menyerahkan beberapa kerusi bagi membenarkan BERSATU dan Amanah (bertanding). Untuk menjamin kesatuan pembangkang yang mahu berhadapan dengan BN,” katanya ketika dihubungi Antarapos.
Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam merujuk kenyatan Presiden Penaja PPBM, Tan Sri Muhyiddin yang berkata prinsip pembahagian kerusi antara pembangkang mesti memberi keutamaan kepada parti boleh menang.

Ujar Muhyiddin, pembangkang perlu fokus kepada perkara yang paling penting iaitu memperoleh kemenangan pada PRU14 dan faktor parti boleh menang perlu diutamakan dan diberikan peluang.

Walaubagaimana pun, Bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak menyebut pun nama PAN kerana PAN pada ketika ini tidak mempunyai sebarang kerusi yang dimenangi dalam PRU yang lepas.

Mengulas mengenai itu, Khalid berkata impian untuk mentadbir Putrajaya tidak akan kesampaian sekiranya PAS mengambil pendirian melanggar prinsip ‘satu lawan satu’ yang pernah terbukti berjaya dalam menghadapi Umno-BN sebelum ini.
“Kalau mereka (PAS) tidak sanggup dan terus dengan usaha untuk membentuk Blok Ketiga dan bertanding secara bersendirian atas nama Gagasan Sejahtera maka itu menunjukkan mereka tidak anggap soal menjatuhkan BN sebagai satu keutamaan,” katanya.
Jika sebelum ini, terdengar desas desus dikalangan puak Pakatan yang mendesak agar PAN dibubarkan demi untuk memberi laluan kepada PPBM menyertai Pakatan itu.

Bagi mereka, kewujudan PAN merupakan satu kesilapan besar memandangkan parti itu tidak mampu memberikan sebarang faedah serta mendatangkan manfaat kepada Pakatan. Kiranya, kalau PAN ni ada pun tak membantu, kalau takde LAGI BAGUS!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Khalid dah meroyan plk dah. Kamu tak ada kelayakan nak ajar pas. Cukuplah dgn kebodohan kamu itu.

    BalasPadam
  2. munapig sekoq ni
    mengalahkan yahudi

    BalasPadam
  3. Spesis biol otak letak dibawah tapak kaki macam tule..cakap mcm orang sewel..tak dak maruah betul spesis ni

    BalasPadam
  4. Khalid Samad ? Siapa dia nie dalam PAS?? Pendapat dia tidak tidak boleh diterima langsung oleh PAS..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping