Sabtu, Ogos 20, 2016

Nampak gayanya, kemunculan parti baru yang nak ditubuhkan oleh bekas pemimpin UMNO sebelum ini hanya mendatangkan lebih banyak masalah. Ditambah pulak dengan kemelut dalam Pakatan.

Katanya, konflik dalaman Pakatan Harapan di antara PKR dan PAN dikatakan semakin memuncak apabila ketua cybertrooper PAN, Abe Awang Malaya mengkritik Presiden PKR, Wan Azizah secara terbuka.

Abe Awang Malaya sebelum ini dilihat mensasarkan kritikan kepada Azmin sahaja yang dilabelkannya sebagai pemusnah Pakatan, namun terbaharu ketua cybertrooper PAN itu menukar sasarannya dengan menyerang Presiden PKR pula.
“Bukan setakat lemah, bahkan Dato’ Seri Wan Azizah terlalu lemah…. Itu saja puncanya. Masalah dalaman PKR pun Kak Wan gagal menanganinya dengan baik, inikan pula nak selesaikan masalah Pakatan Harapan,” kritik Abe Awang Malaya dalam Facebook hari ini.
Ketua Cybertrooper PAN itu juga turut mendedahkan sati kejadian di sebalik tabir berkenaan Mesyuarat Majlis Pimpinan PH yang diwakili tiga parti, DAPigs, PKR dan PAN sebelum ini:
“Saya pernah bagitahu Abang Mat (Mohamad Sabu), Presiden Amanah…. Saya katakan kepada Abang Mat secara berdepan, panggil satu mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, ambil satu ketetapan, kemudian keluarkan suatu resolusi yang diisytiharkan secara terbuka bahawa musuh Pakatan Harapan ialan Barisan Nasional dan PAS….
“Mana-mana pihak yang didapati menjalinkan hubungan dengan BN dan PAS sama ada secara terbuka atau di dalam gelap, tindakan tegas akan diambil.
“Abang Mat jawab : “Resolusi apa, Majlis Presiden nak buat meeting pun tak boleh….! Panggil meeting, depa tak mai (datang)…. dua kali yang terakhir, sebelum Pilihanraya Sarawak, isu pertindihan kerusi, kita panggil meeting depa (PKR) tak mai…. sebelum penamaan calon Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kita nak meeting, PKR tak mau……!,” dedahnya.
Pada Selasa, AIDCNews mendedahkan terdapat krisis dalaman di antara PAN dan PKR khususnya di Selangor yang dapat dikesan melalui serangan terbuka blogger pro PAN, Abdul Rahman Abdul Talib terhadap PKR.

Tapi jika dilihat dari satu sudut, perbalahan seperti ini memang sudah dapat dijangkakan apabila mereka dikalangan puak Pakatan Haprak tu hanya berjuang demi kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri.

Dalam erti kata lainnya, penyakit suka berbalah sesama sendiri dikalangan puak Pakatan Haprak ni membuktikan yang diorang ni memang TAK LAYAK untuk menjadi pemimpin, apatah lagi untuk menjadi pemerintah sebuah Negara. Kalau dapat kuasa, alamat jahanam la jawabnya!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Pan sekadar penyibuk je...tak dak parti pun nak ikut telunjuk dia.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping