Khamis, Ogos 18, 2016

Selepas sehari pendedahan yang dibuat oleh Bekas Pegawai Politik kepada Menteri Besar merangkap Setiausaha Kerja UMNO Kedah, baru hari ini tuan punya badan bersuara mengenainya.

Dalam satu kenyataan, Datuk Mukhriz Mahathir tampil menafikan dakwaan yang dibuat oleh Bekas Pegawai Politiknya itu sambil mendakwa bahawa tuduhan itu sebagai tidak berasas.

Kata Mukhriz, dakwaan yang dilemparkan oleh Bekas Pegawai Politik hanya bersifat 'andaian' yang dibuat tanpa disokong sebarang fakta serta dianggap sebagai satu Fitnah terhadap dirinya.
“Awal-awal dulu saya rasa tidak patut komen sebabnya sedang berjalan satu kes saman terhadap Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad iaitu Setiausaha Akhbar Perdana Menteri kerana membuat tuduhan sama. 
“Apabila difikirkan balik, tidak salah saya menjawab kerana bila lihat rakaman sidang media Haris semalam, saya dengar banyak ayat dia bermula dengan perkataan ‘ada ura-ura’. 
“Lepas itu dia bercerita Tun Dr. Mahathir Mohamad berpakat dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Bila masa dia ada di situ sewaktu kononnya Mahathir dengan Muhyiddin cakap pasal ‘fast track’ untuk saya jadi Perdana Menteri?” katanya kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.
Persoalannya sekarang, apa tindakan selanjutnya yang wajar diambil oleh Mukriz terhadap dakwaan yang telah dibuat terhadap dirinya? Tak berani ke dia nak saman bekas pegawainya itu?

ATAU, adakah Bekas Menteri Besar Kedah itu hanya sekadar mampu mendiamkan diri dan tidak berani nak mengambil sebarang tindakan terhadap tuduhan yang telah dilemparkan biarpun ianya dianggap sebagai satu Fitnah terhadap dirinya???
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping