Jumaat, Ogos 12, 2016

PAS mendakwa tuduhan yang dibuat oleh Sarawak Report terhadap parti itu adalah satu lagi usaha dikalangan musuh mereka untuk menyingkirkan PAS daripada persada politik negara.

Menurut Ketua Pemudanya, jika sebelum ini usaha itu gagal, kali ini pihak berkenaan menggunakan “bomoh baru dari UK” bagi “meniupkan mantera jampi serapahnya” untuk meneruskan agenda itu. 
“Antara kegagalan ketara peluru mereka sebelum ini ialah usaha mengecilkan PAS sebagai para tok lebai yang meminggirkan golongan profesional dan menjadikan penyingkiran dan pembentukan parti serpihan Amanah sebagai bukti kebenaran hujah mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Masalahnya, ramai dikalangan pengikut Pakatan Haprak tu yang percaya dan terpengaruh dengan jampi serapah pemilik Kitab Rewcastle ini secara membabi buta, termasuk dari kalangan pemimpin PAS sendiri.

Nak pulak mengenai isu berkaitan dengan syarikat pelaburan strategik Negara, 1MDB yang sebelum ini didakwa menyeleweng dari fakta sebenar dan hanya berdasarkan kepada tuduhan tidak berasas.

Sarawak Report sebelum ini mendakwa pimpinan tertinggi PAS menerima RM90 juta dalam usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meraih sokongan parti itu susulan perpecahan pembangkang.

Sebelum ini, PAS menafikan dakwaan Sarawak Report yang berpengkalan di UK itu, dan akan mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang - undang terhadap pemilik laman portal tersebut.

Dalam kenyataan balas yang dikeluarkan oleh pemilik laman portal tersebut, Rewcastle menegaskan bahawa dakwaan yang dibuat itu adalah berdasarkan kepada 'Kecurigaan Yang Meluas'.

Maka kesimpulannya, memang benar selama hari ini laman portal tersebut hanya menyebarkan dakwaan yang tidak berasas dan hanya bersandarkan kepada bukti yang sahih dan fakta sebenar untuk mengelirukan rakyat Malaysia semata - mata!!!
Categories: ,

7 ulasan:

  1. Alim ULARMAK pon oercaya dengan BOMOH???

    Bomoh UK pulak tu!!

    Kalau dah makan dedak tu makan jer lah tak payah nak berputar belit!!

    BalasPadam
  2. Dunia akhir zaman memang penuh dgn fitnah yg disebarkan oleh pemfitnah di seluruh dunia.

    BalasPadam
  3. Para pemfitnah yg tak ingat dosa pahala.

    BalasPadam
  4. berapa la agaknya mamaq
    kutty bayar blogger sundal ni

    BalasPadam
  5. setakat dok cakap je sapa pun boleh .... saman je .... itu pun kalau betul x bersalah la .... tp kalau x kat dok mengokok luar gelanggang macam ayanm betina buat apa?.

    BalasPadam
  6. Yg menuduh tu le yg perlu berikan bukti tuduhan dia.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping